Home » » Rakam gambar bogel selepas samun

Rakam gambar bogel selepas samun


Melaka – Tiga keluarga kerugian lebih RM76,000 selepas rumah didiami disamun sekumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah, Khamis lalu.
Dalam kejadian antara 6.30 pagi hingga 8.30 pagi di Bukit Katil, Klebang Besar dan Krubong itu, penjenayah turut membogelkan semua mangsa lelaki sebelum gambar mereka dirakam dipercayai sebagai ancaman supaya tidak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, kejadian itu mengakibatkan seorang daripada mangsa yang juga pesakit buah pinggang warga emas berputih mata apabila wang tunai RM12,000 yang disimpan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di negeri ini lesap dilarikan penjenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berhubung ketiga-tiga kejadian berkenaan.
“Dipercayai jenayah itu dilakukan ahli kumpulan sama yang berpecah berdasarkan modus operandi membogel dan merakam gambar mangsa selain bertopeng serta bersenjatakan parang, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor Hmetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger