KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Rakyat Malaysia ditahan di Singapura
Singapura – Pihak berkuasa Singapura merampas 2.2 kilogram (kg) dadah bernilai S$170,000 (RM442,000) dan menangkap tujuh orang termasuk seorang rakyat Malaysia, semalam.
Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan Imigresen (ICA) dan
Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam, menyatakan lelaki rakyat Malaysia yang memandu sebuah kereta berdaftar di Malaysia ditahan pegawai ICA untuk pemeriksaan rutin sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi kelmarin.
Berikutan pemeriksaan itu, pegawai ICA menjumpai bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat hitam dipercayai dadah kawalan, disembunyikan di penghadang bahagian depan kenderaan itu.
Bungkusan yang dirampas itu mengandungi 1,153 gram heroin dan 185 gram ganja, bernilai lebih daripada S$127,000 (RM330,200) di pasaran.
Pegawai CNB dimaklumkan segera berhubung perkara itu, lapor Hmetro.
Labels:
crime
Catat Ulasan