KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Tiada permintaan wang tebusan
PETALING JAYA - Polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada sekumpulan lelaki yang menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dari Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata setakat ini pihaknya juga masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.
“Masih belum ada perkembangan baru. Tidak ada permintaan bagi wang tebusan. Jadi, polis sedang membuat penilaian apa motif mereka. Polis percaya mangsa warga China itu telah dibawa ke selatan Filipina,” katanya selepas Kejohanan Golf sempena Peringatan Hari Polis ke-207 petang Sabtu.
Beliau turut menolak kemungkinan kes itu ada kaitan dengan kes culik di Singgahmata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah pada 2 April lalu.
“Ia tiada kaitan dengan kes itu. Kami belum kenal pasti kumpulan-kumpulan yang terlibat,” katanya.
Selasa lalu, lima lelaki bersenjata menculik Yang Zai Lin, 34 tahun yang berasal dari Guangzhou, China kira-kira jam 2.45 pagi.
Pada 2 April lalu, seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja resort warga Filipina diculik sekumpulan lelaki bersenjata.
Mengenai penahanan seorang warga Afrika Timur di Selangor pada Khamis lalu yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Al-Shabab, Mohd Bakri berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan mengenai perkara itu.
“Berikan kami masa untuk menyiasat dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan orang tertentu,” katanya.
Polis juga masih menyiasat sama ada warga Afrika Timur itu ada kaitan dengan 11 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan sejak 28 April lalu, lapor Bernama.
Labels:
crime
Catat Ulasan