1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Rompak, culik, campak
Subang Jaya: Seorang pemilik syarikat pinjaman wang berlesen yang baru memulakan operasi perniagaan pagi semalam, tergamam apabila tiga perompak bersenjatakan parang dan besi kuku kambing tiba-tiba meluru masuk ke dalam premisnya.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an turut diculik sebelum dibelasah kumpulan perompak yang menjadikan premisnya di SS 15 di sini, sebagai sasaran jenayah.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membancuh minuman di dapur premis sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian hadapan syarikatnya itu.
“Mangsa bergegas memeriksa sebelum mendapati tiga lelaki bertopeng serta bersarung tangan sudah berada di dalam premisnya sambil mengacukan parang selain besi kuku kambing.
“Penjenayah itu memaksa mangsa menyerahkan wang sebelum pemilik syarikat itu membuka pintu besi dan memberikan wang berjumlah RM30,000,” katanya.
--hmetro
Labels:
crime


Catat Ulasan