Home » » S. Manikavasagam Dakwa Khalid Amal Politik Wang

S. Manikavasagam Dakwa Khalid Amal Politik Wang


KUALA SELANGOR – Seorang calon yang bertanding jawatan ketua bahagian PKR Kuala Selangor mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram melibatkan pesaingnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

S. Manikavasagam berkata beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi.

Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.

“Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

“Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita di tempat pengundian di Bestari Jaya di sini, Ahad.

Manikavasagam, yang merupakan penyelaras kawasan Bukit Melawati, juga menggesa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera terhadap dakwaan wujudnya amalan politik wang itu kerana ia boleh mencemarkan imej PKR.

Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Khalid bagi jawatan itu. - mStar Online
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger