Home » » Sembilan ditahan terlibat kes dadah

Sembilan ditahan terlibat kes dadah


BESUT - Sembilan lelaki termasuk seorang mekanik ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel motosikal di Kampung Batu Tumbuh dekat Alor Lintang, di sini, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira jam 11.30 malam.

Dalam serbuan itu katanya, polis menahan empat suspek di luar bengkel selepas seorang daripada mereka memegang plastik yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui 66 pil dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda) dalam plastik itu, manakala serbuan di dalam sebuah bilik dalam bengkel berkenaan pula berjaya menahan lima suspek sekali gus menemui lima pil sama,” katanya.

Kata Kamaruddin, semua suspek yang berusia antara 18 hingga 34 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing mendapati, tujuh daripada mereka positif dadah.

Katanya, mereka dipercayai menjadikan bengkel itu sebagai tempat melepaskan gian sejak awal tahun lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (A) dan 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger