Home » » Suasana hiba di kediaman anak bongsu Aziz Sattar

Suasana hiba di kediaman anak bongsu Aziz Sattar


CHERAS – Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah.
Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara.
Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan.
Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur, lapor Berita Harian.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger