Home » » Tegur murid bising di surau,Guru Di tumbuk Sampai Berdarah

Tegur murid bising di surau,Guru Di tumbuk Sampai Berdarah


Johor Bahru: Johor Bahru: Kejadian seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, dekat sini, menumbuk guru disiplin sekolah berkenaan petang kelmarin sedang disiasat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata, jabatan itu akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.
Menurutnya, jabatan pelajaran negeri juga masih belum menerima laporan lengkap mengenai kejadian terbabit bagi membolehkan tindakan lanjut diambil ke atas pihak terbabit.

"Saya tidak dapat beri komen mengenainya kerana belum terima laporan lengkap daripada jabatan pendidikan negeri berhubung kejadian terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.
Turut difahamkan juga, kedua-dua pihak terbabit dalam kejadian yang turut disebarkan secara meluas di laman sosial itu sejak semalam turut bersetuju untuk menyelesaikan kejadian dengan berdamai tanpa diambil tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu.

Share this article :

+ comments + 1 comments

23 Mei 2014 pada 5:54 PTG

Fuh dahsyat betol budak2 skang ni, telebih tengok filem gangster agaknye.. Lengchai lai lai lai....

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger