Home » » Tergamak pukul bapa dengan botol

Tergamak pukul bapa dengan botol


KAMPUNG RAJA -BESUT. Seorang lelaki berusia 21 tahun tergamak memukul kepala bapanya sendiri dengan botol hingga cedera dalam kejadian di Kampung Bukit Jeruk dekat Renek, petang  kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa berusia 66 tahun dipukul anaknya yang merupakan penagih dadah, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham hanya disebabkan perkara kecil.
(Gambar Hiasan)
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian ketika mangsa berada di belakang rumah, suspek menanyakan kepada mangsa di mana gelas minuman berada.

Namun katanya, mangsa memarahi dan menghalau suspek keluar daripada rumahnya menyebabkan suspek berang.

“Anak mangsa yang tidak berpuas hati, terus bertindak memukul mangsa dengan botol kaca di kepala. Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata, cuping telinga sebelah kiri dan betis kiri,” katanya.

Menurut Kamaruddin, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Besut dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Unit Kecemasan, sebelum membuat laporan di Balai Polis Jerteh.

Kata beliau, susulan laporan itu, polis kemudiannya memberkas suspek yang bekerja sebagai penarik kabel dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda) seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
--SINAR
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger