Home » , » Terkedu terima bil makan RM1829.06

Terkedu terima bil makan RM1829.06


Kegembiraan sebuah keluarga Filipina bercuti ke Singapura tercalar apabila mereka menerima bil berjumlah $1,186.20 (RM3068.79) selepas menjamu selera di sebuah restoran makanan laut di Boat Quay. Kejadian berlaku apabila Santiago Caaway, 54, dan keluarganya makan di Restoran Forum Seafood Village pada 26 April lalu.
Menurutnya, hidangan seekor ketam Alaska yang dimasak cili sahaja sudah berharga$707 (RM1829.06). Mereka turut memesan hidangan udang, seekor ikan dan sepinggan sayur. “Kami dengar Singapura terkenal dengan ketam masak cili, jadi kami fikir kami harus mencubanya,” ujar Caaway.
Katanya lagi, mereka tidak tahu ada perbezaan jenis ketam dalam menu dan pelayan yang mengambil pesanan tersebut tidak menjelaskannya kepada mereka. Pelayan tersebut juga dikatakan sukar berbahasa Inggeris dan hanya bertanya sama ada mereka mahukan ketam bersaiz besar atau kecil sebelum bergegas ke dapur. Caaway yang merupakan seorang penulis bebas berkata, bil tersebut hampir menyamai gaji bulanannya.
“Kami terkedu. Dalam masa lima minit, kami hanya berdiam diri dan tak tahu bagaimana mahu memberi reaksi,” jelasnya. Pada masa yang sama, dia menceritakan satu keluarga Kaukasian turut dilihat mengalami nasib yang sama sehingga si suami menjerit kemarahan. Mereka kemudiannya dilihat mengeluarkan dompet masing-masing bagi berkongsi bayaran bil tersebut.
Restoran tersebut pernah terpalit dengan kontroversi selepas ada pelancong yang mengecam tindakan mereka mengenakan caj yang melampau kepada pelanggan, lapor Mynewshub.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger