KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Lagi Rakyat Malaysia mati di Syria
KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Abu Faz, 20-an, yang berjuang di Syria, dikenal pasti telah terkorban akibat terkena tembakan baru-baru ini dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu.
Difahamkan, Abu Faz adalah antara sejumlah rakyat negara ini yang ke Syria untuk bersama-sama berjuang dengan puak pemberontak menentang tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Sumber keselamatan memberitahu, Abu Faz telah ke negara berkenaan bersama-sama seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an sejak tahun lalu.
Abu Faz bagaimanapun terkorban akibat ditembak penembak tepat dalam satu pertempuran pada 11 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan, puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama jihad bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu.
Turut menyertainya adalah seorang ‘ustaz’ dan seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan terkenal tanah air.
Akhbar ini turut mendedahkan satu laporan eksklusif tentang seorang pemuda, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkorban setelah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.
Siasatan polis percaya sebahagian mereka mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor, April lalu, lapor Utusan.
Labels:
Headlines
Catat Ulasan