1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
LATEST NEWS
Memaparkan catatan dengan label Prk Bukit Gelugur. Papar semua catatan

10:51 PTG
GEORGE TOWN: Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini.
Peguam kelahiran Pulau Pinang berusia 38 tahun itu mengesahkan namanya antara calon yang disenarai pendekkan. Bagaimanapun, katanya terserah kepada DAP untuk membuat keputusan.
"Saya bersedia untuk itu (PRK) dan telah memaklumkan kepada mereka (DAP) jadi saya serahkan keputusan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati Karpal Singh di Sekolah Tinggi Han Chiang, di sini malam Isnin.
Mengenai sama ada kakaknya, Sangeet Kaur Deo merupakan antara calon terpilih, Ramkarpal berkata kakaknya tidak disenaraikan dan ia telah disalah laporkan sambil menambah pengumuman calon akan dilakukan pada Rabu.
Ditanya sama ada Karpal Singh secara peribadi meminta beliau untuk menyertai politik, Ramkarpal berkata bapanya ada membayangkan perkara itu kepada abang-abangnya dan beberapa yang lain, namun tidak secara peribadi kepadanya.
Karpal Singh, dalam biografi pertama bertajuk 'Karpal Singh-Tiger of Jelutong' telah mencalonkan anaknya Ramkarpal untuk menggantikan beliau sekiranya kehilangan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan.
Ditanya sama ada beliau berminat menyertai politik, Ramkarpal berkata: "Secara tidak langsung, saya terlibat dalam politik sepanjang hidup saya. Minat itu hanya dikembangkan sejak beberapa tahun,".
Ramkarpal, yang secara rasmi menyertai DAP tahun ini, bercakap buat pertama kalinya di khalayak umum semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan Karpal Singh berada disisinya, di Sekolah Tinggi Han Chiang.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh (DAP) dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 21 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada PRU 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ramkarpal-singh-sedia-bertanding-prk-bukit-gelugor-35289?cp
Ramkarpal Singh sedia bertanding PRK Bukit Gelugor

Labels:
Politics
,
Prk Bukit Gelugur
10:49 PTG
KUALA LUMPUR: DAP sepatutnya meletakkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, kata Hishamuddin Rais.
Hishamuddin berkata jika DAP berani mengambil langkah sedemikian ia akan memberi impak yang besar dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat terutama PAS.
Katanya, rakyat akan melihat disebalik kontroversi hudud yang dikatakan merenggangkan hubungan antara DAP dan PAS, dua parti itu masih boleh bekerjasama.
"Sepatutnya Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor, DAP sepatutnya beri peluang kepada Mat Sabu kerana ini boleh mengejutkan.
"Rakyat akan terkejut, UMNO juga akan terkejut, isu hudud boleh tengelam kalau DAP beri peluang kepada Mat Sabu," katanya dalam satu forum bertajuk "PRU14: Apakah ada lagi tsunami politik?" di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai tsunami politik dalam PRU14, bekas pemimpin pelajar tahun 70an itu berkata ia hanyalah satu ilusi semata-mata.
"Tsunami politik hanyalah ilusi semata-mata kerana Pakatan Rakyat bukan melawan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya melawan sistem.
"Sistem pilihanraya itu yang perlu dijatuhkan jika mahukan perubahan kerajaan dalam negara ini," katanya lagi.
Selain, Hishamuddin, Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liw Chin Tong turut menjadi salah seorang ahli panel forum tersebut.
Chin Tong ketika mengulas peranan partinya berkata, beliau berharap jika Pakatan Rakyat dipilih membentuk kerajaan, DAP tidak akan menjadi MCA 2.0 dan PAS pula tidak menggantikan UMNO.
"Saya harap kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan, matlamat PAS bukan untuk menggantikan UMNO tetapi mahu membawa sistem baru kepada rakyat Malaysia.
"Begitu juga saya berharap kalau Pakatan Rakyat menang PRU akan datang, DAP tidak akan menjadi MCA 2.0, DAP perlu bersuara untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira Muslim atau Non-Muslim," katanya.
Sementara seorang lagi ahli panel, Wan Hamidi Hamid pula berkata kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu bukanlah kerana tsunami Cina sebaliknya kerana tsunami bandar dan separuh bandar.
Wan Hamidi berkata, undi di kawasan luar bandar terutama undi orang Melayu masih gagal diraih Pakatan Rakyat terutama oleh DAP
"Selepas PRU13, DAP dan Pakatan Rakyat masih tidak fokus kepada usaha untuk menarik sokongan di luar bandar iaitu undi orang Melayu," katanya.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sepatutnya-dap-letak-mat-sabu-bertanding-di-bukit-gelugor-hishamuddin-rais-35284?cp
Sepatutnya DAP letak Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor - Hishamuddin Rais

6:22 PG
GEORGE TOWN - Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor menyatakan kesediaan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini.
Mohd Yaacob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata, beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya.
“Walaupun kalah pada pilihan raya umum lalu tetapi semangat memang berkobar-kobar. Saya juga sudah beberapa kali buat program ‘himpunan rakyat’ sendiri dan berdasarkan pemerhatian, ramai orang mulai menyokong saya dan kami juga telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen,” katanya di sini, Isnin.
Mengakui tidak mempunyai dana yang cukup untuk menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Mohd Yacoob mendakwa beberapa syarikat sudi menaja bahan kempennya dan mendapatkan dana daripada hasil jualan cenderahati yang dilakukan kelab penyokongnya.
“Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada penduduk di kawasan Bukit Gelugor, mereka memberi sokongan kepada saya. Saya menggunakan slogan ‘Yaacob Bebas Demi Rakyat’,” katanya sambil menegaskan beliau tidak ditaja mana-mana pihak atau parti politik untuk bertanding pada PRK itu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi.
PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon B NTeh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi, lapor mStar.
Mohd Yacoob tawar diri tanding PRK Bukit Gelugor

2:26 PG
UMNO menunggu keputusan MCA sama ada mahu meletakkan calonnya atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.
Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Omar Faudzar berkata, parti itu bersedia bila-bila masa untuk menggerakkan jentera membantu MCA dan Barisan Nasional (BN) pada kempen yang bermula 12 Mei ini.
"Kita masih menunggu keputusan daripada MCA, sebab Bukit Gelugor adalah kawasan mereka. Kita hanya turun membantu," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan yang meragut nyawanya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Perak baru-baru ini.
Menurut Omar, UMNO tidak ada masalah untuk membantu calon BN kerana kerjasama antara komponen parti itu sentiasa erat dan banyak isu terkini hendak dibangkitkan sepanjang kempen 12 hari PRK itu.
MCA pusat hari ini mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur untuk membincangkan calon yang layak bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor melawan DAP.
Bagaimanapun, sehingga jam 4.30 petang ini mesyuarat masih berlangsung dengan beberapa pemimpin kanan parti itu hadir membincangkan hal berkenaan.
Kata Omar, walaupun peluang untuk menang di Parlimen itu agak tipis kerana Bukit Gelugor adalah kubu kuat DAP, tetapi tidak bermakna BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding.
"Tumpuan kita ialah memberi penerangan dan penjelasan mengenai dasar parti serta negara. Tambahan pula setelah hampir enam tahun DAP memerintah Pulau Pinang, rakyat mula sedar mereka tertipu dengan segala janji parti itu.
"Bagi UMNO Bahagian Bukit Gelugor, PRK kali ini akan memberi kesedaran kepada rakyat Pulau Pinang bahawa siapa sebenarnya yang lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka," katanya. - MalaysiaGazette
Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/umno-bukit-gelugor-tunggu-keputusan-mca#ixzz30ELmPofp
UMNO Bukit Gelugor tunggu keputusan MCA #Prk Bukit Gelugur

.jpg)