Home » , » Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Sekatan Jalan

Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Sekatan Jalan

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama) -- Seorang anggota polis parah selepas dilanggar motosikal yang ditunggang dengan laju dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Chendering di sini malam semalam.
(Gambar Hiasan0
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata kejadian kira-kira 9.10 malam itu menyebabkan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun itu patah betis kanan dan menerima enam jahitan di dahi.

Ketika sedang bertugas bersama-sama lima lagi anggota polis, mangsa telah dirempuh motosikal jenis RXZ yang ditunggang laju seorang lelaki yang kemudian memecut melarikan lari ke arah Kampung Surau Panjang di sini, katanya.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Gerakan memburu suspek kini giat dilakukan, katanya.

-- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger