Home » , » Gambar Rakaman CCTV Warga Emas Gila Seks Gantung Pakaian Dalam Wanita DI Premis Kecantikan

Gambar Rakaman CCTV Warga Emas Gila Seks Gantung Pakaian Dalam Wanita DI Premis Kecantikan


Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.

Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.
Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.
Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.


“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.

Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari.

Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.
--HMETRO
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger