KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Pesakit berjalan tanpa sedar mati terjatuh tingkat tujuh
Ipoh: Seorang pesakit yang sering berjalan dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi, mangsa Richard Nilliah dari Taman Silibin dekat sini, ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah di lantai tingkat bawah HRPB.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang penagih arak tegar dan menerima rawatan di HRPB, tetapi sering cuba melarikan diri.
“Mangsa diambil ambulans Jumaat lalu dari kawasan tepi jalan Taman Silibin di sini.
Dia didapati tidak sedar ketika itu dan selepas menjalani rawatan sering bangun dan berjalan.
“Mangsa juga cuba melarikan diri dari wad, tetapi datang semula ke HRPB,” katanya.
Beliau berkata, pihak hospital turut mengesahkan si mati penagih arak tegar dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.
--hMETRO
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
Catat Ulasan