Home » , » Kes tuntutan fasakh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS P Pinang 6 Mac depan

Kes tuntutan fasakh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS P Pinang 6 Mac depan


Bukit Mertajam: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula kes dan mendengar jawapan pembelaan daripada Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang Rahmah Md Isa, 52, berhubung permohonan fasakh terhadap suaminya, Zarkasyi Abdullah, 45.

Hakim Syarie Faiyzan Ahmad menetapkan tarikh itu selepas plaintif tidak hadir ke mahkamah untuk memberi jawapan pembelaan kepada defendan berhubung permohonan fasakh berkenaan.


Peguam Zarkasyi, Shazril Khairy Mustafa berkata, plaintif belum lagi memfailkan jawapan pembelaan terhadap tuntutan balas yang difailkan pihaknya sebelum ini.
“Mahkamah menangguhkan kes ini kepada 6 Mac ini bagi membolehkan plaintif memfailkan jawapan pembelaan tuntutan balas terbabit.


“Saya juga difahamkan plaintif belum lagi berbuat demikian dan mahkamah meneruskan prosiding selepas menerima jawapan berkenaan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini semalam.


Rahmah membuat permohonan fasakh terhadap Zarkasyi yang berketurunan Acheh, Indonesia pada Ogos tahun lalu.

Plaintif mendakwa defendan tidak bertanggungjawab dan gagal memberi nafkah kepadanya serta menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sebelum ini, mahkamah sama menetapkan 20 Januari 2014 untuk Rahmah memfailkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas suaminya.


Sementara itu Zarkasyi, ketika ditemui di luar mahkamah enggan mengulas mengenai perkara itu dan hanya menjawab tidak melihat plaintif hadir untuk perbicaraan semalam sebelum beredar.
--Hmetro

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger