LATEST NEWS
Memaparkan catatan dengan label Politics. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politics. Papar semua catatan

Bila DAP Kalah Di Teluk Intan Pas Yang Jadi Mangsa


12 hari berkempen, muslimat PAS sanggup meredah hujan, terjun longkang, minum air parit masuk ceruk kampung,masuk pasar babi kandang lembu berjemur tengah panas dalam hujan berkempen merayu undi membodek undi untuk pastikan calon DAP menang di Teluk Intan.
Namun, apabila calon DAP tersebut mengalami kekalahan 238 majoriti, pemimpin DAP dengan lantang menyalahkan PAS lah punca kekalahan mereka di Teluk Intan.
Saya tidak pasti kenapa PAS terlalu baik dengan DAP walaupun diperlakukan seumpama keldai. PAS mahu laksana hudud tapi DAP tentang hudud. PAS mahu sebuah negara Islam, DAP juga lawan.
PRK Teluk Intan, kita boleh saksikan yang jentera hijau PAS lebih ramai berbanding jentera merah DAP. Tapi PAS juga disalahkan. Tapi sehingga kini ahli PAS boleh tersengih-sengih macam kerang busuk.yang mampus akibat lama terjemur di tengah panas. biar di maki hamum, di halau dari pakatan rakyat,pas tetapa dengan muka ala Si Luncai bodoh masih setia di sisi DAP.demi untuk menuju ke putrajaya, demi putrajaya, hudud entah kemana bab kata pepatah Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Pemilihan PKR cabang Sungai Petani kecoh lagi


SUNGAI PETANI – Pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Sungai Petani tergendala sekali lagi pada Ahad selepas ahli parti itu mendakwa beliau tidak mengetahui dirinya bertanding untuk jawatan tersebut.
Mohd Sharmizi Nizam Abdu Rahim, 34, berkata beliau terkejut mendapat tahu namanya telah dimasukkan dalam senarai calon untuk Ketua AMK cabang Sungai Petani.
“Saya hanya diberitahu mengenainya pada waktu pagi oleh beberapa rakan saya dalam parti bahawa nama saya ada dalam senarai calon,” kata Sharmizi di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini pada Ahad.
Katanya, beliau telah menamakan dirinya sendiri untuk jawatan ketua AMK cabang itu pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 3 Mei lalu, tetapi telah ditolak kerana masalah teknikal.
“Saya terima keputusan itu dan membuat keputusan untuk menyokong calon lain iaitu S.Arvind Kumar,” katanya.
Semasa pilihan raya cabang itu, Arvind, 31, kecewa selepas namanya tiada dalam senarai, menyebabkan pesaingnya, Adun Bakar Arang, Simon Ooi, menang tanpa bertanding.
Walau bagaimanapun, selepas banyak bantahan, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya bagi ketua AMK cabang itu ke tarikh lain.

Sharmizi berkata, mereka tidak akan menerima keputusan pemilihan itu.
“Apa yang mereka lakukan sekarang adalah lebih buruk daripada apa yang Barisan Nasional lakukan. Ia sangat keji.”
“Kami mahu pilihan raya cabang ini dibatalkan atau ditunda sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani Zainal Abidin Samad berkata beliau ada menerima aduan tetapi pemilihan akan dijalankan seperti biasa.
“Saya tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghentikan pilihan raya ini kerana jawatankuasa pemilihan parti yang akan membuat keputusan akhir,” katanya di pusat mengundi, lapor mStar.

Penyokong Pakatan Rakyat Hendak Berbogel Jika BN Menang Di Teluk Intan

Kita tengok sejauh mana janji janji macai PR kata nak berbogel sambil berguling dari seri perdana ke bagan lalang, jangan jadi seperti di prk kuala besut sudah lah siap cnak potong jari,sekarang dah hampir 1 tahun prk kuala besut, tetapi jari tak jugak di potong potong, kita tengok kemunafikan puak pr kali ini.
janji macai haram di prk kuala besut


BN rampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan


TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bn-rampas-semula-kerusi-parlimen-teluk-intan-36930?cp

Najib minta kedutaan bantu Presiden PAS yang dirawat di Istanbul


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah berusaha untuk memberikan sokongan yang sewajarnya kepada Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awangyang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran masalah kesihatan.

Najib, dalam laman Twitternya berkata beliau telah menghubungi kedutaan Malaysia di Turki untuk memastikan Abdul Hadi diberi sokongan yang sepatutnya.

DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Pelaksanaan Hudud Di Malaysia


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud mempunyai pendirian yang sama dengan DAP berhubung undang-undang hudud.

Beliau mendakwa, Dyana Sofya menyokong pendirian DAP iaitu membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dyana Sofya telah menyatakan sokongan kepada pendirian DAP untuk tidak membantah hudud dalam Islam tetapi membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

“Pendirian Dyana itu lebih baik berbanding pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng dalam pada itu melahirkan rasa tidak puas hati beliau ke atas jentera Barisan Nasional (BN) kerana didakwa melakukan serangan peribadi bagi merosakkan karakter Dyana Sofya.

Menurutnya, serangan itu termasuk mempersoalkan kelayakan beliau sebagai seorang peguam, hal paras rupa, fitnah memakai bikini, menggelarnya seorang penipu serta seorang anak kecil yang memerlukan puting.

“Dyana Sofya diejek kerana terlalu bergantung kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, malah mendakwa Dyana Sofya menangis tanpa kehadiran Kit Siang,” katanya. – mynewshub.my
baca lagi >> http://mynewshub.my/main/2014/05/29/dap-sahkan-dyana-sofya-bantah-pelaksanaan-hudud/

Penyokong Pakatan Rakyat Hina Almarhun Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

ni yang di ajar oleh pr selama ini pada penyokong nya, cakap ikut sedap mulut je macam orang tak ada agama menghina orang,Harap pihak berkuasa sila siasat accout si Asrul Samad Ni




50 Pegawai Tadbir Kerajaan Terengganu bertukar


Seramai 50 orang Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri akan bertukar ke jawatan baru yang akan berkuatkuasa pada 2 Jun ini.

Setiausaha Kerajaan, Dato' Haji Mazlan Ngah dalam sidang media di pejabatnya hari ini berkata, pertukaran ini dibuat berdasarkan dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Dato' Haji Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Dato' Tuan Mamat Tuan Ngah akan bersara.

Mereka yang terbabit dengan pertukaran itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Dato' Haji Osman Muda akan mengisi kekosongan Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Dato' Haji Mat Razali Kassim dan tempat beliau diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Dato' Haji Wan Zahari Wan Ngah.

Manakala Pegawai Daerah Setiu, Haji Mohamad Nor Ibrahim ke jawatan Pengarah PTG yang baru dan tempat beliau diisi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Haji Zulkifli Mohamad dipinjamkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd. dan tempat beliau diganti oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail.

Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohamad Kamil Othman ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya (JKR), Haji Wan Mohd Rubi Wan Jusoh ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Mustafa Khalid ke jawatan Pegawai Daerah Kemaman manakala Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Encik Harun Mohamad ke jawatan Pengarah Bekalan Air Terengganu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato' Haji Mohd Yasim Awang ke jawatan Pengarah Yayasan Islam dan Timbalan Rektor (Jaringan Industri dan Korporat ) TATi Universiti Kolej, Haji Mohd Zulkifli Abu Bakar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

Pengarah Majlis Sukan Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Pegawai Daerah Marang, Haji A.Rahman Che Ali pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Azmi Razik ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Haji Samiun Salleh akan menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) sementara Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Encik Ibrahim Mohamad ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR negeri.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Tugas-tugas Khas) Haji Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman dan Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Haji Zainal Abidin Mohamed ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Shahidan Embok bertukar ke Pendaftar TATi Universiti Kolej dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Haji Mohd Zahari Md Azahar ke jawatan Timbalan Pengarah UPEN/Pengurusan Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus.

Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Ketua Pegawai YPUT, Haji Che Razali Adis ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Encik Zulkifli Ali ke jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Haji Jahani Ismail menjadi Setiausaha MBKT.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Haji Johan Ibrahim bertukar ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pendaftar TATi Universiti Kolej, Haji Che Suhaimin Mohamad ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.

Pengurus Besar TESDEC Berhad, Haji Rozali Salleh pula ke jawatan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Haji Azhar Jusoh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan).

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Program Khas Sukan - T-Team), Encik Ab. Rasid Jusoh ke jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Haji Alias Mamat ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Kemaman.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM, Encik Ahmad Azizi Zulkifli ke jawatan Pengarah Jabatan Teknikal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Encik Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Encik Zahanapi Sagaf ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Besut manakala Setiausaha Majlis Daerah Besut, Encik Saidi Salleh ke jawatan Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu.

Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu, Haji Lukema Meri Salleh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas), Encik Zuwislam Awang ke jawatan Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Terengganu.

Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN, Encik Muhd. Aimin Mohd Tahir ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Institut Al-Quran Terengganu dan Pengurus Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksana, Encik Mohd Nasir Kasim ke jawatan Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Puan Maldiana Abd. Fatah ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN dan Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas) Puan Safura Mad Juhari ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Tadbir Urus dan Pematuhan).

Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Program Khas Khas Sukan) Terengganu/Pengurus Kanan Operasi TPCT, Cik Rosini Sulong ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Hulu Terengganu dan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN, Encik Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan).

Penolong Pesuruhjaya (Pentadbiran dan Kewangan) MAIDAM, Encik Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Pengurus (Pembangunan) Tourism dan Penolong Pengarah (UKOM) Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Encik Muhamad Ridzuan Hashim ke jawatan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN Terengganu.

Penolong Pengarah (Media baru) Agensi Pembangunan Masyarakat, Raja Faisal Raja Harun ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu Encik Mohd Fadli Jusoh ke Penolong
Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus manakala Pegawai Tadbir Terengganu Incorporated Sdn Bhd., Puan Faten Ummaimah Saidi ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Marang.

Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor


BUKIT GELUGOR: Gara-gara kecewa dengan sistem pilihan raya di negara ini, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan sah menarik diri dari bertanding hari ini iaitu sehari sebelum tarikh pembuangan undi.

Beliau sebelum itu sempat mengisytiharkan diri telah 'menang' di Bukit Gelugor dan meninggalkan kawasan itu malam ini untuk ke Langkawi.

"Calon bebas menjadi mangsa... kami tak ada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media di Kampung Melayu, Ayer Itam pada Sabtu.

Beliau juga mendakwa ada 'sumber tertinggi' memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP untuk membalas jasa mereka yang memberi laluan kepada beliau di Pekan pada pilihan raya umum tahun 1976 lalu.

"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya semua parti (termasuk DAP) bagi 'walkover'... dan sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," dakwa Abu Backer.

Beliau turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya bagi menghantar nama ejen pengundian serta pengiraan hari ini.

Tambahnya, kesemua penyokongnya kini akan mengikutnya ke Langkawi esok.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada Ahad ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.

Abu Backer akan menentang calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar.

Sementara itu memetik laporan MStar, Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad berkata, penarikan Abu Backer adalah tidak sah.

"Penarikan dirinya tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi.

"Apapun proses pengundian esok akan berjalan seperti biasa. Dia kena hormat peraturan SPR," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/abu-backer-tarik-diri-kerana-sudah-menang-di-bukit-gelugor-36485?cp

Fakta Yang Di Selindungkan Pakatan Haram Tentang 2 Ekor Panda Dari Negara China


Apabila Negara China meminjamkan dua ekor Panda gergasi kepada Malaysia selama 10 tahun atas tanda persahabatan perdagangan China dan Malaysia selama 40 tahun, Pakatan Haram menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk memburukkan Kerajaan Malaysia tanpa memikirkan keuntungan yang diperolehi disebalik ke dua-dua ekor panda terbabit.
Salah ka Malaysia membelanja puluhan juta sekiranya keuntungan yang di perolehi Malaysia berbilion ringgit melalui perhubungan persahabatan diantara Malaysia dan China..?

Untuk Makluman semua. Di atas persahabatan Malaysia dan Negara China selama 40 tahun, kini Malaysia mempunyai kontrak Perdagangan dengan Negara China bernilai sehingga RM285 Bilion dalam tempoh 5 tahun.

Selain dari mempunyai kontrak perdagangan RM285 Bilion dalam masa 5 tahun, ZOO Negara juga mendapat manfaatnya apabila akan menjadi tumpuan hadirin yang ingin melihat kedua-dua ekor panda tersebut di hadapan mata.

Tahukah semua bahawa hanya terdapat 17 Zoo di 12 buah Negara yang ada panda gergasi sepertimana yang dipinjamkan Negara China kepada Malaysia.
Tahukah anda :


Panda di National Zoo Washington DC di sewa
RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10
tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan
barangan cenderahati panda SAHAJA adalah
RM 3.85 juta setahun.. (^_^)
------
Tahukah anda :
Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada
10% peningkatan keahlian Zoo dan
pertambahan 300 ribu Pengunjung setahun.
Ini memberi   10 juta setahun..
(^_^)
-------
Tahukah Anda :
Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket
melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan
panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari
27 juta kepada RM 81 juta setahun.
-----
Tahukah anda:
Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China
selama 12 Tahun untuk dapatkan panda dan
Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi
kempen dapatkan panada. (^_^)
Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu
berkempen. China tawarkan atas menghargai
40 tahun persahabatan Malaysia dan China.
p/s Cakap banyak tak guna tembak tak kena, lepas ni kita tengok puak puak pr akan pergi ke tak bawa anak bini tengok panda..

Isu hudud masalah Pas, DAP


TELUK INTAN - Isu hudud sebenarnya menjadi masalah antara Pas dan DAP yang mempunyai pandangan dan pendirian berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan Pas dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.

"Yang menjadi masalah adalah dalam kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini hari ini.

Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin parti pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.

Ditanya adakah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) tergugat ekoran DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud pada pilihan raya kecil itu, timbalan pengerusi BN berkata parti komponen itu tidak tergugat dengan tindakan itu kerana bersedia menghadapi apa sahaja cabaran.

"Kita (BN) sentiasa (bersedia) berdepan dengan sesiapa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya, pengundi membuat pilihan teliti tentang siapa parti yang mereka hendak pilih dan calon yang sesuai...kita tidak tergugat kerana dalam PRK kita tidak memandang mudah cabaran yang kita hadapi," katanya.

Diminta mengulas perbuatan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP mengulangi kenyataan mengutuk Umno selepas insiden dalam persidangan Dun Pulau Pinang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno kesal dengan sikap tidak sopan wakil rakyat DAP itu.

"Walaupun dia boleh berkata apa sahaja tetapi kita ada adab tertib, disiplin dan pastinya tindakan itu sesuatu yang memalukan partinya dan beliau sendiri.

"Tidak wajar dia mengungkapnya berkali-kali walaupun dia benci dengan Umno dan tidak suka parti kita," katanya.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan Umno mempunyai lebih banyak jasa berbanding parti pembangkang.

"Kalau ada perkara yang tidak puas hati sepatutnya ada cara yang beradab dan sopan, tapi parti ini (DAP) melambangkan parti yang tidak sopan dan tidak menghormati parti lain...ini sikap buruk parti pembangkang," katanya.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan Pemuda Umno yang bertindak menyerbu masuk Dun Pulau Pinang berikutan tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer, Muhyiddin berkata:

"Mereka harus faham itu reaksi yang agak semula jadi apabila tercabar dan tidak akan berdiam diri.

Sikap Pemuda (Umno) yang sentiasa bersemangat mempertahan maruah parti," katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa ada peraturan dan undang-udang yang perlu dipatuhi dan Umno merupakan sebuah parti yang mendukung Perlembagaan negara. - Bernama

Calon DAP PRK Teluk Intan Dan Penasihat DAP dihalau keluar penduduk Kg Padang Tembak


Calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Yusof Mohd Daud dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dihalau keluar oleh penduduk Kg Padang Tembak Teluk Intan ketika sedang berkempen.

Dyana dan Kit Siang sebelum itu melawat tapak pasar malam di kampung tersebut dan sedang beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar malam tersebut.

Dua pemuda BN kemudian menghampiri dan mengarahkan rombongan DAP tersebut keluar sambil menjerit 'Nyah dari kampung ini, ini kampung melayu'.

Salah seorang penyokong PR yang turut mengikuti kempen lawatan tersebut bersemuka dengan kedua-dua Pemuda BN tersebut dan berkata bahawa beliau juga merupakan penduduk di kawasan tersebut.

Tindakan penyokong Dyana menyentuh dua Pemuda BN tersebut mengundang padah dan berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Keadaan semakin kecoh apabila semakin ramai pemuda BN mula mengerumuni Dyana dan Kit Siang.

Atas faktor keselamatan, Pihak PDRM dihubungi bagi menenangkan keadaan dan Dyana serta Kit Siang terpaksa menamatkan program lawatan tersebut lebih awal. -http://www.rakyatnews.my/index.php/20140521179342/prk-teluk-intan/dyana-dihalau-penduduk-kampung

UiTM jawab dakwaan calon DAP Dyana Sofya


SHAH ALAM: Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau sekali gus menolak dakwaan calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa hanya anak orang UMNO daripada keluarga berada sahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.

UiTM, jelasnya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.

"Dakwaan (Dyana Sofya) tidak benar, tidak logik, tidak cerdik dan tidak matang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di London.

"Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang UMNO atau bukan UMNO), ramai anggota parti bukan UMNO datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan UMNO datang minta tolong calon-calon mereka. Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat," katanya.

Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini mendakwa universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin UMNO yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota UMNO.

Sahol Hamid menarik perhatian bahawa UiTM mempunyai program khas anak miskin tegar membabitkan 5,000 penuntut daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 dipilih mengikuti pengajian di universiti itu.

Beliau berkata statistik juga menunjukkan 65 peratus pengambilan penuntut UiTM terdiri daripada anak keluarga kurang berada.

Menurutnya lagi, hampir 70 peratus daripada alumni UiTM yang bilangannya hampir mencecah 600,000 datang dari luar bandar dan daripada keluarga tidak mewah.

Dalam pada itu, Sahol Hamid menegaskan tidak salah untuk mengaitkan UiTM dengan Umno kerana parti itulah yang telah memperkenalkan UiTM dan ia sehingga kini memberi sokongan berterusan dan menjaga kebajikan institusi itu.

"Mana-mana institusi sepatutnya bertuah untuk mendapat sokongan seumpama itu. UiTM berada pada kedudukannya kini kerana UMNO dan tiada siapa boleh menafikan hakikat itu," katanya.

Naib Canselor itu menegaskan terdapat banyak institusi di Malaysia dan seluruh dunia yang dikaitkan dengan organisasi dan parti politik.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pelajar-ke-uitm-dipilih-berdasarkan-merit-syarat-sahol-hamid-36240?cp

DAP kongkong Dyana Sofya?


TELUK INTAN: Walaupun dihujani dengan pelbagai soalan daripada pihak media, calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan soalan-soalan yang diajukan kepadanya, dijawab oleh pemimpin DAP.

Tindakan pemimpin DAP termasuk penasihatnya Lim Kit Siang, yang menjawab kebanyakan soalan yang ditujukan kepada Dyana ketika beberapa sidang media, menyebabkan wakil media kecewa.

Perkara tersebut jelas dilihat pada sidang media DAP yang berlangsung di pejabat operasi DAP PRK Teluk Intan pada Selasa.

Wakit media yang ditemui oleh Astro AWAN berkata inilah masanya untuk DAP memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan calon mereka menjawab segala isu yang dibangkitkan.

“Dengan kelulusan di dalam bidang perundangan, sudah tentu calon DAP itu mampu berhujah dan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan baik,” kata salah seorang wakil media.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dap-kongkong-dyana-sofya-36207?cp

Video Panasss Calon Bebas ‘kena langgar’ kereta Lim Guan Eng


Tu diaaaa..!!! Kecoh bebbb..!!! Betul ke Guan Eng langgar calon bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer? Saya dengar teruk sampai berbalut leher macam Anwar dulu...heh!

Macam-macam berlaku time PRK macam ni. Mujur la BN tak bertanding kat situ.. kalau tidak kan haru.. tiba-tiba je nanti depa tuduh UMNO punya kerjaaaa.. heh!

Anyway, betul ke kejadian ni.. gambar ada kat bawah ni...
BACA LAGI >SINI<

HUDUD : PAS DIBERI KATA DUA !!!


GEORGE TOWN: DAP mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan PAS Kelantan meneruskan usaha membawa usul rang undang-undang mengenai hukum hudud ke Dewan Rakyat.

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy berkata, pendirian DAP amat jelas dan tidak berubah iaitu menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Kita mesti tegas dalam hal ini. Kita tidak akan benarkan hudud dilaksanakan dalam negara yang berbilang kaum ini.

"Jika usul ini diteruskan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia merupakan penamat kepada hubungan DAP dengan PAS," katanya ketika berucap pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Kampung Hijau,  Air Itam di sini, malam Ahad.

Beliau percaya penangguhan hukum hudud itu akan bersifat sementara tetapi DAP tidak akan membenarkan perkara ini berlaku.

"Jika PAS tidak setuju, kami tidak akan berkompromi. Kami menghormati orang Islam jadi mereka harus menghormati kami juga," katanya.

Terdahulu, calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara sulit menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Walaupun Guan Eng sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri menolak hudud di Pulau Pinang, Mohamed Nabi Bux tetap mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu menyokong hukum hudud demi mengambil hati pemimpin PAS.

Ditanya bila Guan Eng menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud, Mohamed Nabi Bux berkata: "Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin PAS."

Turut hadir pada ceramah itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan  exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Baharudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya.

Perlu Ke Heret Anak Bawa Bendera DAP?


Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hari ini menyaksikan penyokong pembangkang melakukan perkara yang biasa mereka lakukan iaitu melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti politik.


Lihatlah saja kanak-kanak berkopiah dan bertudung ini yang diberikan bendera DAP untuk dipegang.
Kemungkinan besar, ibu bapanya adalah penyokong PAS yang menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang terang-terangan menjunjung manifesto DAP untuk memastikan undang-undang hudud tidak terlaksana.



Kalau pun itu adalah fahaman politiknya, mengapalah dibabitkan sekali kanak-kanak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.

Bukan nak kata apalah, tapi cuba tengok… di kawasan yang majoritinya terdiri daripada pengundi Cina di Teluk Intan, ada tak ibu bapa Cina yang taksub hingga mengajak anak mereka mengusung bendera parti seperti ini? hanya melayu PAS Yang bodoh tak sedar diri sahaja buat benda macam ni, cina DAP sendiri pun tak buat benda macam ini.


PAS Tetap Sokong Calon DAP Dyana Sofya, Biarpun Beliau Jelas Tolak Hudud


CALON parti DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud telah membuat kenyataan bahawa parti DAP tidak menerima untuk hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

Menjelang hari penamaan calon esok, satu video dimuatnaik di laman YouTube melalui kini.tv menunjukkan Dyana Sofya menyatakan bahawa parti DAP tidak menolak hudud tetapi menolak perlaksanaannya.
“Kami tidak menentang hudud, cuma perlaksanaan hudud di dalam negara yang berbilang bangsa dan kaum tidak sesuai dan kita perlu memberi fokus kepada banyak perkara lain seperti reformasi sistem kehakiman,” katanya dalam temubual itu.

Sudahpun terang lagi bersuluh, beberapa pihak dari PAS yang dilihat begitu komited untuk melaksanakan Hudud di Kelantan tetapu juga menyuarakan sokongan kepada Dyana Sofya dan DAP yang jelas menolak perlaksanaannya.

Dalam satu tweet oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata pihaknya dan PAS menyokong pertandingan beliau di kawasan parlimen itu.

“Selamat bertanding Dyana, anda memperolehi sokongan penuh dari kami di PAS.. Mari kita ubah corak politik rasis dan membinasakan yang dipraktikkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam tweet berkenaan pagi tadi.
Tweet Dr Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Kuala Terengganu turut disokong beberapa penyokong PAS yang disifatkan hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh tokoh politik mereka.

“Saya menyokong penuh anda, teruskan dan jangan pandang belakang,” kata penyokong dengan akaun twitter @cikgufauzi.
Hari penamaan calon bagi PRK itu akan berlangsung esok dan hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei depan.

Dyana Sofya bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Partik Gerakan Datuk Mah Siew Kong. – MYNEWSHUB.MY

Dyana hanya kosmetik DAP


GEORGETOWN – Pengumuman calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan yang dibuat semalam dianggap lakonan biasa oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya berasa  simpati dengan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, kerana membiarkan dirinya diperalatkan.

“Pelantikan itu dianggap sekadar lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

“Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan boneka kepada DAP. Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis,” katanya kepada media di Menara Umno, Jalan Macalister, di sini semalam.

Shahrizat mendakwa, semua maklum perjuangan DAP yang bersifat cauvinis dan tidak kisah dengan calon yang diketengahkan parti itu.

“Siapa pun calon mereka, itu bukan satu cabaran. Kita semua tahu perjuangan DAP bagaimana," katanya.
--Sinar

Mohamed Nabi Bux bukan ahli Pas...Empunya Diri Kata Ahlli PAS???


Mohamed Nabi Bux bukan ahli Pas...Empunya Diri Kata Ahlli PAS???Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah bukan ahli Pas dan tidak pernah menjadi ahli parti itu.
"Dia (Mohamed Nabi Bux) bukan ahli Pas...bukan ahli Pas sejak dari peringkat awal. Keahliannya tiada dalam rekod," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ditanya mengenai sijil keahlian Pas yang dimiliki Mohamed Nabi Bux serta 58 anggota Pas Gombak yang mempunyai sijil sama, Mustafa berkata: "Itu semua tidak betul".
Isu kesahihan keanggotaan Mohamed Nabi Bux di dalam Pas mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020.
Sementara itu, Mohamed Nabi Bux tetap bertegas bahawa beliau adalah ahli Pas Gombak yang sah dan sijil keanggotaannya bukan palsu.
Sehubungan itu, calon Bebas yang menggunakan simbol bunga itu mahu pemimpin Pas tampil dan menemuinya bagi membuktikan bahawa beliau bukan ahli parti itu yang sah.
"Mereka (pemimpin Pas Pusat) kata nama saya tidak ada dalam senarai Pas Pusat, hari ini saya nak jelaskan bahawa bahawa saya memang ahli Pas Gombak, buktinya Pas Gombak telah beri sijil yang ditandatangani oleh setiausaha parti ketika itu Ustaz Radzi Yusof.
Kalau mereka masih nak nafikan, suruh pemimpin-pemimpin tertinggi itu jumpa saya dan buktikan bahawa saya bukan ahli parti dan bagaimana pula dengan 58 ahli parti Pas di Gombak yang mempunyai sijil akuan sama seperti saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau ada menerima surat pemecatan daripada Pas selepas menjadi calon Bebas pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux berkata, sehingga hari ini tiada pemimpin Pas Pusat atau bahagian Gombak menghantar surat pemecatannya, apatah lagi menghubunginya dan mereka hanya berani bercakap kepada media.
Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini Mohamed Nabi Bux akan berhadapan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan serta seorang calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Sebab malu akan tindakan Nabi Bux, sebab nk jaga hati DAP,Mustapha Ali PAS, nafi Nabi Bux ahli PAS, sedangkan Nabi Bux mengakui dia masih ahli PAS siap tunjik sijil lagi - SALAH SEORANG DI ATAS ADALAH PEMBOHONG
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger