KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Krisis MB, Azmin tak bernokhtah
Krisis terbaru dalam kerajaan negeri Selangor diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum bernoktah.
Sekalipun tidak memperoleh persetujuan Abdul Khalid selaku Menteri Besar, keputusan menyingkirkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikekalkan manakala Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerjanya Norita Mohd Sidek ditukar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkuat kuasa serta-merta hingga siasatan selesai.
Siasatan berkaitan bagaimana surat pemecatan Azmin dikeluarkan oleh Othman tanpa pengetahuan Abdul Khalid.
Walaupun Norita sebelum ini ada menyatakan pengguguran itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu, tetapi hakikatnya ia tidak tercatat dalam minit mesyuarat Exco itu Azmin digugurkan.
Yang tercatat ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menggantikan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok manakala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Iskandar Abdul Samad kekal manakala satu lagi kekosongan akan dimaklumkan kemudian.
Othman sepatutnya merujuk keputusan itu terlebih dulu kepada Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Abdul Khalid sebelum mengeluarkan surat itu, tetapi hal itu tidak berlaku, sebaliknya beliau mentafsirkan sendiri keputusan mesyuarat Exco itu.
Kini, timbul cakap-cakap kononnya Azmin - yang sememangnya tidak sebulu dengan Abdul Khalid mengambil peluang itu untuk ‘mengenakan’ Abdul Khalid dengan meminta surat berkenaan dikeluarkan bagi membolehkannya ‘menyerang’ menteri besar manakala kenyataan Norita yang menyokong tindakan ‘bosnya’ dianggap pelik kerana beliau seorang pegawai tinggi perbadanan yang berpengalaman luas yang sudah pasti mengetahui kecacatan tindakan mengeluarkan surat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.
Akibatnya, banyak pihak beranggapan Othman - yang kini berkhidmat dengan kontrak diperbaharui secara bulanan, bukan tahunan - dan Norita sudah ‘dikambinghitamkan’ oleh Abdul Khalid atau mungkin Azmin.
Ternyata kekalutan itu memakan diri apabila tersalah pilih kem.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada awalnya menunjukkan taringnya membidas tindakan Abdul Khalid kini terpaksa diam kerana berada di persimpangan.
Azmin sepatutnya dibela kerana beliau anak didiknya, tetapi untuk memberi tekanan kepada Abdul Khalid adalah tindakan yang dilihat tidak patut berikutan kejayaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menerajui negeri yang termaju di Malaysia.
Kesan krisis terbaru berkenaan, penyokong ADUN Bukit Antarabangsa itu segera ‘melompat’ mendesak Abdul Khalid berundur.
Mereka lupa yang mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN adalah PAS.
Syok sendiri atau umpama hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, itulah sikap pemimpin dan ahli PKR yang sibuk mahu jawatan menteri besar digantikan oleh pemimpin lain.
Tidak malukah mereka yang pelantikan sebelum ini ihsan PAS dan DAP yang mahu Abdul Khalid menerajui negeri berkenaan untuk penggal kedua berikutan PAS yang sepatutnya layak untuk jawatan itu tidak mempunyai calon berwibawa? Apapun akibat krisis terbaru ini, nasib Othman ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Kontraknya dikatakan akan terjejas selepas ini manakala Abdul Khalid pula mengukuhkan kedudukannya sebagai menteri besar, selain Azmin terus dikenali sebagai ahli politik yang cukup licik permainannya.
--Hmetro
Labels:
B Malaysia
,
Politics
Catat Ulasan