Home » » Lari dengar suami mahu jual Pada Rakan

Lari dengar suami mahu jual Pada Rakan


Kuala Lumpur: Berulang kali dia dipukul suaminya sejak lebih setahun lalu, namun kesabarannya berakhir apabila lelaki durjana itu mahu menjualnya kepada seorang rakan, kelmarin.

Luluh hati wanita berusia 25 tahun itu apabila lelaki yang dikahwininya atas dasar cinta sejak lebih dua tahun lalu tergamak berbuat demikian dan memberi alasan perlukan wang untuk membayar hutang.

Pasangan terbabit mempunyai bayi lelaki berusia empat bulan.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku di rumah pasangan suami isteri berkenaan di Bandar Baru Kundang, Selangor selepas mereka bertengkar kira-kira jam 7.30 malam.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang berusia 25 tahun pulang ke rumah dalam keadaan marah tanpa sebab diketahui sebelum memaki hamun isterinya.

“Mangsa yang bimbang akan dipukul suami berlari ke rumah kakaknya berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu mengatakan sejam kemudian, mangsa yang menyangkakan kemarahan suaminya itu sudah reda segera pulang ke rumah.

“Telahannya meleset apabila si suami masih berang.

Mangsa mendakwa dicekik, ditumbuk dan diterajang.


Tidak cukup dengan itu, suspek juga menghentak badan mangsa menggunakan kereta sorong bayi mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika memukul si isteri, suspek memberitahu dia sudah menjualkan wanita itu kepada rakannya untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang.

“Suspek juga mendakwa rakannya sedang dalam perjalanan ke rumah mereka.


Mendengar kenyataan itu, mangsa mula mencari jalan untuk meloloskan diri dari rumah.

“Selepas bergelut dengan suaminya, mangsa berjaya melarikan diri dan kembali ke rumah kakaknya,” katanya.

Sumber itu berkata.

bimbang kejadian buruk menimpa dirinya, mangsa dengan ditemani kakaknya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kundang.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa dia sering dipukul suspek sejak lebih setahun lalu, namun enggan membuat laporan polis kerana menyayangi lelaki itu, selain berharap dia akan berubah.

“Bagaimanapun, mangsa nekad membuat laporan polis apabila suaminya sanggup menjualnya kepada rakan bagi mendapatkan wang,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa kini berlindung di rumah ahli keluarganya dan sedang mempertimbangkan untuk menuntut cerai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
--Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger