Home » , » Bengkel jadi kasino mini

Bengkel jadi kasino mini


Kota Bharu: Taktik seorang pemilik bengkel kenderaan yang berselindung di sebalik premisnya dengan membuka dua kasino mini gagal mengaburi pihak berkuasa apabila diserbu polis dalam operasi di Kampung Bechah Kura, Peringat, di sini, kelmarin.

Kegiatan berjudi itu dibongkar susulan serbuan mengejut sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam Op Dadu, jam 5.25 petang.

Dalam serbuan itu, lapan lelaki termasuk seorang warga emas berusia 62 tahun ditahan ketika leka berjudi.

Polis turut menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan loteri awam tanpa lesen dan pemilik bengkel berkenaan untuk siasatan lanjut.

Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, serbuan itu susulan hasil maklumat orang awam.

Katanya, ketika serbuan, ada sekumpulan lelaki berada di tepi rumah mengelilingi dua meja.

“Selepas menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri ke dalam hutan belakang rumah itu sebelum dikejar anggota kami.

“Polis bagaimanapun berjaya menahan lapan lelaki berusia antara 29 dan 62 tahun yang datang ke bengkel itu untuk berjudi,” katanya.

Nik Rosdi berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dengan kegiatan loteri awam tanpa lesen.

“Kami menemui enam cebisan kertas putih bertulis empat angka, sebuah mesin kira dan tiga batang pen.
Polis turut menahan pemilik rumah itu berusia 50 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, polis merampas beberapa peralatan disyaki untuk bermain judi antaranya, dua meja kayu, 10 kerusi plastik, seunit kipas angin, 52 helai daun terup, dua set jerami batu, satu mangkuk seramik, dua biji dadu, empat bakul plastik dan wang tunai RM120.

“Semua lapan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen (2), Akta Rumah Judi Terbuka 1958, manakala lelaki yang terbabit dengan kegiatan loteri awam tanpa lesen disiasat mengikut Seksyen 4A(a), akta sama dan pemilik rumah pula disiasat mengikut Seksyen 8(1), akta sama,” katanya.
hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger