Home » , » Pekerja bank tak dibenarkan solat

Pekerja bank tak dibenarkan solat



Laporan dari ebuah blog di petik "Beberapa minggu kebelakangan ini, umat islam dan orang Melayu sekali lagi dicabar.

Nampaknya ada pihak sedang cuba meniup api persengketaan untuk mewujudkan keadaan yang tegang dan cemas dikalangan rakyat.

Bermula dengan penggunaan kalimah Allah yang menyinggung perasaan umat islam diguna pakai oleh pihak gereja kini timbul pula isu umat islam tidak dibenarkan solat ditempat kerja.

Setiap hari banner ini kelihatan dan diletakan di hadapan bank oleh pekerja Hong Leong Bank

Blogger Rezqeen Hill mendedahkan kisah pihak Hong Leong Bank Tidak Benarkan Staf Melayu Tunaikan Solat"

SHAH  ALAM - Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.

“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.

“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger