SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Anggota TUDM nafi tetak isteri
ALOR SETAR – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan dakwaan telah menetak isterinya menggunakan parang dalam satu kejadian dekat rumah mereka di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 28 Disember 2013.
Lelaki berusia 31 tahun itu berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak ada milikan terhadap parang dan pistol seperti yang dikatakan.
Katanya, kejadian itu bermula daripada konflik rumah tangganya yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu sehingga berlaku perebutan terhadap hak penjagaan anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.
“Pada 21 Disember tahun lalu, semasa saya pulang ke rumah, saya dapati isteri dan anak tiada di rumah. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi kerana nombor telefon isteri juga tidak dapat dihubungi.
“Kemudian saya cuba hubungi keluarga mertua bertanyakan sama ada isteri dan anak ada di situ. Tapi keluarga mertua kata tidak tahu ke mana anak mereka itu pergi,” katanya pada media, semalam.
Beliau berkata, pencarian di tempat kerja isterinya juga tidak membawa hasil kerana pekerja mendakwa isterinya tidak hadir ke pejabat.
“Saya khuatir dengan perkara itu. Kemudian saya pergi ke rumah mertua bersama seorang rakan di Taman Bendahara, Kuala Selangor untuk bertanyakan mengenai isteri dan anak saya. Tiba-tiba saya ternampak anak perempuan saya bermain di kawasan rumah tersebut.
“Saya kemudiannya pergi dapatkan anak saya, tetapi telah dihalang oleh ibu mertua yang menolak saya jatuh sebelum membawa anak saya masuk ke dalam rumah tersebut,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu berlarutan apabila dia bersama ibu mertuanya saling bertolakan pada pintu gelangsar kaca untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
“Semasa tolakan itu, tiba-tiba pintu kaca tersebut pecah dan serpihan itu mengenai saya, ibu mertua dan isteri yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“Saya tidak pernah menetak isteri saya seperti yang dikatakan. Dia cedera hanya disebabkan oleh terkena serpihan kaca yang pecah,” katanya.
Dia yang merupakan seorang jurulatih tentera di TUDM Bandar Kinrara berkata, sejurus kejadian itu, dia membawa anaknya bersama untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada hari kejadian.
Jelasnya, sehingga hari ini, anaknya masih berada dalam jagaannya dengan selamat yang kini menetap di sekitar negeri ini.
“Saya tidak menculik anak sebab saya bapa kandungnya. Saya akan pulangkan dia kepada isteri selepas semua masalah keluarga selesai.
“Saya tidak mahu pulangkan dia buat masa ini kerana bimbang keselamatan dia dan takut dia mengalami gangguan mental pada masa akan datang. Saya yakin boleh menyara dia sampai besar kerana saya mempunyai pekerjaan yang tetap,” katanya.
Berhubung dakwaan penculikan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di balai polis Sungai Petani pada kelmarin untuk mengelak perspektif buruk masyarakat.
Sebelum ini, isterinya yang berumur 31 tahun mendakwa suaminya telah menetak dia dan ibu mertuanya di kediaman mereka, sebelum melarikan anak tunggal mereka.
--sinarharian
Labels:
B Malaysia
,
Headlines
Catat Ulasan