Melaka: Polis meminta individu yang menganjur atau membiayai aktiviti ahli perniagaan lelaki mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, sehingga kini tiada individu tampil dan tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kes berkenaan.
“Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan, justeru individu yang menganjur dan membiayai aktiviti Noor Jan diminta memberi kerjasama dan tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebelum kami mencari mereka.
“Malah mana-mana individu yang terbabit secara langsung dengan semua aktiviti Noor Jan juga diminta membantu siasatan,” katanya, semalam.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang ahli perniagaan Noor Jan Tuah mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ ditahan di jeti Anjung Batu, Jasin ketika hendak ke Pulau Besar, Selasa lalu.
Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 4(1), Akta Hasutan 1948 selepas polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO).
--Hmetro
SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catat Ulasan