Home » , » ‘Saya tak liar"

‘Saya tak liar"


Kuala Lumpur: “Sumpah saya bukan jenis liar macam itu. Tak mesti seksi, saya liar di luar. Jangan cakap macam itu,” jelas pelakon Syatilla Melvin berhubung gelaran peminat melabelnya gadis liar dan tidak bermaruah kerana berpenampilan seksi.

Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 23, yang selama ini berdiam diri akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan dan kekecewaannya mengenai kecaman peminat yang melampau itu.
Ketika dihubungi semalam, Syatilla berkata, penampilan itu bukan cerminan sebenar keperibadiannya sehingga dihina dengan gelaran sedemikian.

“Saya tak seksi mana pun di luar. Orang tengok saya seksi hanya dalam televisyen mengikut kehendak cerita. Kebetulan saya banyak memainkan watak berimej seksi jadi atas dasar itu orang mengkritik.



“Saya akui ada beberapa pakaian yang seksi di rumah. Saya memang pernah seksi sebelum ini. Tapi saya bukan liar macam itu. Sumpah saya tak minum (alkohol), merokok atau berparti di kelab malam.


“Seksi itu pun dulu sebelum orang kenal tapi sekarang lama-kelamaan saya sedar perhatian makin banyak. Saya berusaha mengurangkan penampilan begitu,” katanya.

Syatilla berkata, penghinaan yang turut dilemparkan kepada ibu bapanya berikutan imejnya yang seksi adalah tuduhan yang tidak relevan.

“Kenapa kena kaitkan ibu bapa saya dalam kes ini? Mereka melahirkan saya jadi sudah tentu mereka tahu siapa diri saya luar dan dalam.
--hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger