Putrajaya: Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing Tanpa Izin (JKKPA - PATI) hari ini memutuskan semua restoran berkonsepkan makanan segera tidak akan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing.
Mesyuarat hampir tiga jam yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini turut bersetuju memanjangkan mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G to G) dengan Bangladesh yang sedang dilaksanakan sekarang untuk turut digunapakai oleh kerajaan Sarawak bagi mengisi kekosongan dalam sektor perladangan sawit di negeri itu.
--BH
Catat Ulasan