Home » , » Suspek pecah rumah diberkas

Suspek pecah rumah diberkas


LEDANG - Tindakan pantas polis berjaya memberkas dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah seorang pemilik taska di Bandar Tangkak, Disember tahun lalu.

Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, kedua-dua suspek berusia 30 dan 47 tahun yang menaiki kereta jenis Mercedes ditahan di persimpangan Taman Payamas, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Abdul Razak berkata, tiga anggota polis yang membuat rondaan sempena Ops Cantas terserempak dengan kereta dinaiki suspek berlegar-legar di kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, anggota berkenaan mengekori suspek sehingga di persimpangan itu sebelum bertindak mengepung kenderaan mereka.

“Kita minta suspek menyerah diri, sebaliknya pemandu kereta tersebut bertindak mengundurkan kenderaan mengakibatkan motosikal seorang anggota terperosok di bawah kereta serta terseret sejauh kira-kira 15 meter.

“Salah seorang anggota melepaskan dua tembakan di dua tayar belakang kereta itu untuk menghalang kenderaan tersebut daripada bergerak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.

Mohd Salleh berkata, pihaknya berjaya menahan kedua-dua suspek yang kemudiannya dibawa ke IPD Ledang untuk siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 47 tahun mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 30 tahun pula memiliki empat rekod dadah.

“Kita syaki suspek aktif kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini juga Melaka, namun siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.
---sinarharian
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger