KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Tanya arah jalan sebelum ragut
REMBAU – “Saya mula berasa tidak sedap hati dan mengundur tiga langkah ke belakang apabila seorang lelaki bertopi keledar bertanyakan arah kolam air panas,” luah mangsa ragut, Rohhana Ibrahim, 46, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Layang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi kelmarin, mangsa ingin menyiram pokok bunga sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan arah jalan, sementara seorang lagi rakannya menunggu di pintu pagar.
Menurutnya, lelaki itu dengan pantas memegang lehernya dan terus merentap rantai emasnya sehingga berlaku pergelutan selepas dia mula mengesyaki sesuatu.
“Akak menjerit sekuat hati memanggil anak-anak yang berada di dalam rumah dan sebaik mereka keluar, anak akak menjerit bagi meminta pertolongan.
“Kejadian berlaku begitu pantas. Walaupun singkat, akak masih ingat lagi air muka penyamun berkenaan dan saat penyamun ingin merentap rantai emas,” katanya.
--Sinar
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan