Home » , » Pijak bendera Jepun: Anwar enggan minta maaf

Pijak bendera Jepun: Anwar enggan minta maaf

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.

Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan.  Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.

"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penahanan beliau dari memasuki Jepun Ahad lalu.

Anwar menafikan beliau menuduh Wisma Putra sebagai "tangan ghaib" yang menghalang kemasukannya ke negara itu.

"Saya tak sebut Wisma Putra, saya cuma cakap ada "tangan ghaib',  sebab pegawai imigresen (Jepun ) merujuk laporan terbaru.

"Jadi sekarang ini saya inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak autoriti (Menteri Luar) dan Jepun apakah sebenar disebalik laporan tersembunyi  itu sehingga mereka kata mereka ada kuasa untuk berbuat demikian. Sebab saya ada hak sebagai rakyat Malaysia, jadi saya minta penjelasan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan  mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger