SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Imej satelit ditemui mungkin MH370, kata PM Australia
Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.
Ini berikutan penemuan imej satelit, lapor Reuters India dalam Twitternya.
Perdana Menteri Australia berkata, "Mengikut analisis pakar oleh imej satelit itu, dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines dapat dikenal pasti." tulis Reuters dalam tweet tersebut.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam kenyataan di Parlimen memberitahu tentang dua objek yang ditemui itu dan berkata, "Maklumat baru dan boleh dipercayai ditemui dalam usaha mencari di Lautan Hindi."
"Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menerima maklumat imej setelit yang kemungkinan berkaitan dengan apa yang dicari."
Abbott berkata, pesawat sedang menuju ke kawasan objek itu ditemui.
Abbott berkata, pasukan pencari dan penyelamat hampir tiba ke kawasan objek tersebut dikesan menjelang beliau berucap di Parlimen.
Tiga buah lagi pesawat juga dalam perjalanan ke sana, katanya.
Abbott juga berkata, dia bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu objek itu masih belum disahkan lagi.
"Usaha untuk menemui objek ini bukannya senang dan mungkin juga ia tidak berkaitan dengan MH370 yang sedang dicari," katanya.
AMSA akan mengadakan sidang media di Canberra pada 0430 GMT.
Pihak bekuasa Malaysia Isnin lepas telah meminta Canberra untuk mengambil tanggungjawab "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal di atasnya.
Kerajaan Malaysia percaya, jet itu secara sengaja telah ditukar hala perjalanan dan terbang beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya --- samada ke utara di Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.
Kapal terbang penyelidik jarak jauh Australia, Amerika dan New Zealand telah berusaha mencari di Lautan Hindi sejak Selasa dengan fokus kepada kawasan seluas 305,000 kilometer persegi, kira-kira 2,600 tenggara Perth.– 20 Mac, 2014.
Labels:
MH370
Catat Ulasan