Home » » Pengundi sikit, kertas undi banyak - CheguBard

Pengundi sikit, kertas undi banyak - CheguBard


Nampaknya proses pemilihan PKR 2014-2017 mengundang rasa tidak puas hati pimpinan parti itu sendiri.

Sudahlah pengiraan dibuat macam dalam bilik hotel dan ada dakwaan berlaku black out - kini ada dakwaan mengatakan pemeriksa undi sendiri tanda pada kertas pemilihan.

Salah seorang pemimpin PKR yang tidak berpuas hati dengan senario yang berlaku ialah Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Dalam status laman sosialnya, pemimpin muda PKR itu juga mempertikaikan proses pengundian parti itu di Sarawak.

"Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak - Sibu (58),Konawit (54), Santubong (23), Hulu Rejang (42), Mukah (10), Kota Samarahan (29), Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) (195) dan Saratok (516) hahaa pelik kan..

"Pengawas pengawas bijaksana tapi bila terbongkar di Batang Sadong pengawas tanda kertas sendiri baru tahu pengundi sikit, kertas undi banyak ... ingat ribuan undi muncul di Batu Sapi,"ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Datuk Johari Abdul menerima aduan berlaku penipuan dalam proses pengundian pada hari pertama dan kedua pemilihan parti.

Sehubungan itu, JPP akan memanggil calon yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk mendapatkan keterangannya berhubung aduan ahli di Sarawak, Kelantan dan Pahang yang mendakwa kumpulan penyokong Ahli Parlimen Gombak itu diupah untuk mengganggu proses pengundian.

Menurut Johari, beliau bersama beberapa ahli jawatankuasa JPP akan bertolak ke Sarawak hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk menyiasat jika dakwaan itu benar.--MalaysiaGazette


Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/pengundi-sikit-kertas-undi-banyak-chegubard
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger