KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Buruh kasar dihukum penjara 17 tahun, 10 sebatan
IPOH - Seorang buruh kasar kelihatan tenang apabila Mahkamah Tinggi Ipoh di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 7,766.18 gram ganja di Pantai Remis, kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh, Hazelan Ishak, 40, mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan juru bahasa di hadapan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, semalam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 7,766.18 gram ganja di pondok ayam sebelah rumah No 33, Batu 51, Jalan Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, jam 4.30 petang, pada 7 Jun 2012.
Berikutan itu, Hazelan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Peguam bela tertuduh, Mahinderjit Singh memohon hukuman ke atas anak guamnya diringankan kepada 10 tahun penjara dan jumlah sebatan maksimum memandangkan ia adalah kesalahan pertama.
Menurutnya, bapa kepada tiga anak berusia 10, 9 dan 7 tahun itu pernah bekerja sebagai buruh kasar di sebuah kuari dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500.
Bagaimanapun, beliau berkata, tertuduh terpaksa berhenti kerja sejak ditahan dan isterinya kini menanggung persekolahan anak mereka manakala ibu bapa tertuduh bekerja sebagai tukang cuci di sebuah klinik kesihatan dengan pendapatan RM700 sebulan.
Mahinderjit juga meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman ke atas anak guamnya yang mengaku bersalah sebagai satu faktor litigasi selain menjimatkan masa dan kos.
Katanya, Hazelan telah insaf dengan perbuatannya dan tidak akan mengulangi kesalahan jenayah pada masa depan.
Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.
Sementara itu, Zainal Adzam dalam penghakimannya mengambil kira jumlah dadah yang ditemui hampir 8,000 gram dan ia satu kesalahan yang amat besar.
Jelasnya, tertuduh bernasib baik kerana pihak pendakwaan memberikan pertuduhan pilihan yang mengenakan hukuman lebih rendah.
Tambahnya, kesalahan yang dilakukan diharap dijadikan pengajaran kepada tertuduh supaya tidak membabitkan diri dalam perkara yang sama.
Selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, Zainal Adzam menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan ke atas tertuduh.
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan