KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
“Adik kemudiannya terpelanting ke laluan”- Kakak pilu
ALOR SETAR – “Apabila adik tak ada, rasa separuh jiwa sudah hilang. Tak sangka dia akan pergi begitu cepat,” demikian luahan Nur Afifi Baquri, 15, kembar kepada mangsa kemalangan di Jalan Gunung Keriang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, Nur Afiza, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong, di sini, maut dilanggar motosikal sebelum dirempuh kereta ketika menuju ke sekolahnya.
Nur Afifi berkata, kejadian berlaku hanya kira-kira 20 meter dari pintu pagar kediamannya sewaktu mereka berdua melintas menuju ke sekolah yang terletak di bertentangan rumah.
“Setiap hari, kami berdua pergi ke sekolah bersama-sama. Namun, dia minta saya jalan dulu kali ini. Tak sangka sewaktu arwah Nur Afiza berjalan di belakang saya, dia dilanggar sebuah motosikal dipandu seorang lelaki.
“Adik kemudiannya terpelanting ke laluan bertentangan, sebelum dirempuh pula sebuah kenderaan dipandu seorang wanita sehingga tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.
Katanya, kembarnya tidak berkelakuan pelik, cumanya dia makan sambil asyik melihat ibu sehari sebelum kematiannya.
Ibunya, Zaitun Ahmad, 40, berkata, mangsa yang merupakan anak kedua dari dua beradik terbabit didapati hanya tidur awal dan kurang bercakap sejak kebelakangan ini berbanding sebelumnya.
“Kak rasa terkilan kerana burger yang disimpan untuk dirinya tidak sempat dimakan. Kebiasaannya, Nur Afiza akan makan makanan yang disimpan untuknya selepas waktu balik sekolah,” katanya.
Jurucakap polis berkata, mangsa dilanggar sebuah motosikal sebelum dirempuh kereta dipandu wanita berusia 31 tahun di hadapan SMK Seri Gunong, di sini ketika melintas bersama kakaknya ke sekolah.
Mangsa, Nur Afiza, 15, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HSB, di sini, dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya, menurut sumber Sinar Harian.
Difahamkan, mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Keriang, di sini.
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
Catat Ulasan