Home » , » Dua beranak dikhuatiri lemas

Dua beranak dikhuatiri lemas


NIBONG TEBAL: Seorang anggota polis dan anak lelakinya dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Tanjung Berembang dekat sini, kira-kira 6 petang semalam.

Kejadian itu disedari seorang lelaki yang berada di kolam udang berhampiran kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan memulakan operasi mencari kira-kira jam 7.15 petang namun dihentikan 15 minit selepas itu kerana cuaca mulai gelap.

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, operasi mengesan dua mangsa yang dikhuatiri lemas itu akan diteruskan kira-kira jam 7 pagi ini.
--Hmetro

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger