SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Kacukan Wira, Evo III
Jenama Mitsubishi bukan saja gah di pasaran tempatan, malah turut diminati di seluruh dunia selepas menawarkan pelbagai jentera berkuasa tinggi menerusi siri Evolution.
Kelebihan enjin kuasa turbonya membuatkan ia menjadi kegilaan kaki modifikasi kereta tempatan, terutama dalam proses mengubah suai kenderaan nasional menerusi Proton Wira.
Proton Wira keluaran 2001 dalam ruangan modifikasi ini turut tidak terlepas mengalami revolusi sama apabila pemiliknya, Wazahadzlee Abd Wahid, 38, menghabiskan masa hampir tiga tahun untuk menyiapkannya.
Selain itu, dia berbelanja besar mencecah RM25,000 semata-mata untuk menghiasi luaran dan menaik taraf enjin jentera berkenaan.
Antara ciri diberi keutamaan ialah prestasi enjin berkod 4G63 yang ditingkatkan, termasuk menggilap semula kebuk pembakaran, terutama pada bahagian kepala silinder.
Pelbagai alat ganti berprestasi tinggi turut dipadankan dengan menggunakan ‘wastegate’ 38 milimeter (mm) Turbosmart, sistem minyak Walbro, hos Samco dan menaik taraf sistem ekzos ditempah khas bersaiz tiga inci.
Bagi mendapatkan pemanduan lebih selesa dan kuasa pecutan memberangsangkan, jentera ini dilengkapi klac lumba dan ‘flywheel’ ringan.
Penampilan luarannya menerima sentuhan daripada komponen Mitsubishi Evolution III membabitkan bonet, bampar dan lampu depan supaya kelihatan lebih ranggi serta bergaya.
Bahagian belakangnya mengalami sedikit perubahan apabila menggunakan spoiler dan bampar Mitsubishi Evolution III kerana mahu mengekalkan keaslian Proton Wira.
Jentera ini juga dipadankan bumbung matahari daripada jenama Honda kerana ia lebih besar dan lebih cantik berbanding jenama lain.
Walaupun tanpa ubah suai ekstrem, kenderaan ini tampak sporty selepas diserikan dengan set rim bersaiz 17 inci daripada Volk Racing siri TE37 XL.
Sistem suspensinya turut direndahkan lebih satu inci selepas menggunakan jenama Cusco.
Memasuki ruang dalamannya, lima unit meter Defi kelihatan berderet di atas papan pemuka, manakala tempat duduk asal digantikan daripada jenama Bride gentian karbon.
SPESIFIKASI
Kos
• RM25,000
Aksesori Luaran
• Depan: Bampar, bonet dan lampu Mitsubishi Evolution III
• Belakang: Bampar dan spoiler Mitsubishi Evolution III
• Bumbung matahari daripada Honda
Aksesori Dalaman
• Papan pemuka Mitsubishi Lancer
• Kerusi bucket Bride
• Stereng Momo
• Tempat duduk belakang Mitsubishi Evolution II
Enjin
• Mitsubishi Evolution III
• Klac perlumbaan
• ‘Wastegate’ 38 milimeter (mm) Turbosmart
• Sistem minyak Walbro
• Hos Samco
• ‘Flywheel’ ringan
Rim
• Volk Racing siri TE37 XL bersaiz 17 inci
--Hmetro
Related Articles
Labels:
Auto
,
B Malaysia
Catat Ulasan