1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Maut bertembung lori tangki
Shah Alam: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki di kilometer 46.4 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat Banting, pagi semalam.
(Gambar Hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu Perodua Myvi terbabit maut di tempat kejadian.
Menurut sumber, lelaki itu gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kereta berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh lori tangki yang datang dari arah Pulau Indah menghala ke Semenyih.
Katanya, akibat rempuhan kuat mangsa yang dalam perjalanan dari Saujana Putra menghala ke Pulau Indah maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala pemandu lori tangki berkenaan tidak mengalami kecederaan.
--Hmetro
Labels:
B Malaysia
,
Disaster


Catat Ulasan