1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Lelaki cuba bakar bilik hotel bajet
KOTA BHARU: Sebuah bilik hotel bajet hampir hangus dibakar seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Taman Hj Mustapa, Kok Lanas di sini pagi tadi.
(Gambar Hiasa)
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu lelaki itu dikatakan membakar langsir bilik hotel itu sebelum ia disedari oleh pekerja hotel berkenaan yang kemudian menghubungi bomba.
Setibanya di lokasi kejadian bomba tidak dapat memadam api kerana dihalang suspek yang memegang parang di hadapan bilik itu.
Bagaimanapun polis yang tiba kemudian berjaya menahan suspek sebelum bomba berjaya memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Labels:
B Malaysia
,
crime


Catat Ulasan