Home » » #MH370: Bukti Dari UK Pun Tidak Percaya, Saudara Bukan TPM Lagi Anwar

#MH370: Bukti Dari UK Pun Tidak Percaya, Saudara Bukan TPM Lagi Anwar


Jika sesiapa yang mendengar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semalam dan pagi tadi, pasti mengetahui bahawa keputusan untuk mengisytiharkan pesawat MAS MH370 tersebut “berakhir di tengah lautan Hindi” adalah berdasarkan pandangan antarabangsa terutamanya bersandarkan kajian serta siasatan rapi pihak Cawangan Siasatan Udara United Kingdom (AAIB) dengan bantuan syarikat satelit terkemuka dunia Inmarsat.

Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.

“Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat. Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Justeru tersangatlah aneh dan luar biasa sekali apabila ada orang menyatakan ini semua sandiwara Barisan Nasional. Lebih mengelirukan ialah mereka ini meminta bukti untuk membolehkan Mohd Najib menjustifikasikan keputusan mengisytiharkan kesemua penumpang pesawat MH 370 tersebut meninggal dunia.

Jika datang daripada fanatik politik bawahan kita faham akan tahap emosi dan akal fikir mereka. Namun bila ia datang daripada mulut Ketua Pembangkang yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia sangat luar biasa dan menimbulkan kesangsian sama ada Anwar benar-benar sihat mental beliau.

Berlandaskan kononnya atas kepentingan keluarga, Anwar mempersoalkan apakah bukti dan maklumat yang kerajaan ada untuk mengisytiharkan MH370 berakhir di lautan Hindi.

Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri tentu faham bahawa keputusan-keputusan sebegini adalah keputusan kerajaan berasaskan maklumat yang ada dan telah disahkan. Adalah tidak masuk akal untuk kerajaan membawa segala pakar dan data-data untuk diterangkan kepada umum secara terpenrinci bagaimana kesimpulan tersebut dibuat dalam masa terdekat ini.

Keputusan ini bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang secara semberono dan sesuka hati. Perdana Menteti telah pun menyatakan kesimpulan dan keputusan tersebut dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan pakar-pakar penerbangan antarabangsa dan data-data satelit yang paling maju. Ini bukannya keputusan berdasarkan ramalan Raja Bomoh Sedunia.

Anwar Ibrahim harus belajar membezakan antara kepentingan politik individu dengan kepentingan dan keutamaan negara. Kita tidak berapa peduli jika Anwar melalak menyatakan keputusan pilihan raya tidak adil. Kita tidak berapa marah bila Anwar mengatakan sistem keadilan negara boleh dijual beli. Kita tidak begitu marah bila beliau menunduh kerajaan ini korup. Walaupun semua itu dibuat tanpa sekelumit bukti, kita faham ini semua adalah kaedah politik Anwar semata.

Namun untuk Anwar memberi bayangan seolah-olah mempertikaikan keputusan kerajaan dalam tragedi MH370 ini ia sangat memalukan dan menimbulkan tanda tanya sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh ini sihat dari mental atau tidak.

Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa beliau bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang semua orang perlu melaporkan kepada beliau.

sumber : http://www.mykmu.net/?p=41196
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger