SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370: Kenyataan Penuh Menteri Pengangkutan – 25 Mac 2014
KUALA LUMPUR — Berikut kenyataan Menteri Pertahahan dan
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang
media mengenai pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, di
Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini:
“Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk
mengecilkan kawasan pencarian.
“Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan antarabangsa, cabaran tidak
lagi bersifat diplomatik. Ia sekarang tertumpu pada teknikal dan logistik.
Oleh kerana skala siasatan sekarang lebih kompleks, pemberitahuan maklumat
teknikal dan logistik akan dikendalikan secara berbeza. Seperti yang anda lihat
hari ini, ini bermakna Malaysia Airlines menjalankan usaha untuk berkomunikasi
dengan keluarga penumpang.
“Ketika kawasan pencarian dikecilkan, cabaran baru timbul termasuk
menguruskan sumber di kawasan mencari dan menyelamat yang terpencil. Kami
meneruskan kerjasama dengan negara-negara sahabat dan rakan ketika kami berusaha
mendapatkan lebih banyak sumber bagi menyokong operasi di kawasan terbabit.
Data baharu
“Malam tadi, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa
menurut analisis baharu data satelit, INMARSAT iaitu firma satelit Britain dan
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat kesimpulan bahawa
penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Hari ini, saya akan memberi butiran lanjut tentang bagaimana data itu
dianalisis seperti yang disalurkan.
Maklumat ini lebih bersifat teknikal, Jadi, walaupun saya akan memberikan
seberapa banyak maklumat yang boleh, saya tidak akan menjawab soalan-soalan
mengenai analisis data hari ini.
“Bagaimanapun, kami akan menerima soalan bertulis yang akan dijawab secepat
mungkin. Kami akan menyalurkan maklumat ini dalam kenyataan akhbar selepas
sidang media ini berakhir. Ini adalah maklumat yang disalurkan kepada kami oleh
AAIB.
Butiran lanjut
“Kebelakangan ini, Inmarsat menggunakan teknik inovasi yang menghuraikan
masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian. Berdasarkan
pergerakan ini, arus gelombang yang diterima dan dipancarkan akan berbeza dan
keadaan ini sama seperti bunyi kereta yang lalu akan berubah selepas mendekati
atau memotong. Ini dipanggil kesan Doppler.
“Teknik Inmarsat menganalisis perbezaan antara gelombang yang stesen di bumi
dijangka menerima dan gelombang yang sebenarnya diukur. . Perbezaan ini adalah
hasil kesan Doppler dan dikenali sebagai “Burst Frequency Offset.”
“Burst Frequency Offset berubah bergantung kepada lokasi pesawat pada
kemungkinan kedudukan lengkok, arah penerbangan serta kelajuannya.
“Untuk mengukuhkan kayakinan pada teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya
menggunakan maklumat yang diperoleh daripada enam lagi pesawat B777 yang
terbang pada hari yang sama dalam pelbagai arah.
“Semasa berada di landasan lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan
semasa peringkat awal penerbangan, MH370 menghantar beberapa mesej.
“Pada peringkat ini, kedudukan pesawat dan satelit diketahui, dan ini
memungkinkan untuk menghuraikan kiraan mengenai cici-ciri sistem bagi pesawat,
satelit dan stesen bumi.
” Analisis itu menunjukkan tahap komunikasi yang lemah dengan koridor
utara tetapi jelas dengan koridor Selatan, dan bergantung kepada kelajuan
pesawat, ia memungkinkan untuk menentukan kedudukan pada 0011 UTC, iaitu
perhubungan terakhir berlaku.
Saya ingin menarik perhatian bahawa ini bukan kedudukan terakhir pesawat.
“Ada bukti mengenai perhubungan yang hanya sebahagian antara pesawat dan
stesen bumi pada 0019 UTC. Pada ketika ini, penghantaran istarat tidak difahami
dan perlu analisis lanjut.
“Tiada respons diterima daripada pesawat pada 0115 UTC, apabila stesen
bumi menghantar mesej log on/log off selanjutnya. Ini menunjukkan bahawa pesawat
tidak lagi berada dalam log pada jaringan komunikasi.
“Oleh itu, antara 0011 UTC dan 0115 UTC, pesawat tidak lagi berupaya untuk
berkomunikasi dengan stesen bumi.
“Analisis oleh INMARSAT menjadi asas petunjuk bagi analisis lanjut
untuk cuba menentukan posisi terakhir pesawat.
“Oleh itu, pasukan siasatan Malaysia telah menubuhkan kumpulan kerja
antarabangsa terdiri daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi
satelit dan keupayaan pesawat, untuk membuat huraian lanjut.
Latarbelakang teknikal
“Analisis baru yang saya huraikan adalah cukup meyakinkan untuk AAIB
memberi taklimat kepada Perdana Menteri bahawa MH370 terbang melintasi koridor
selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, ke barat
Perth.
“Dalam masa bebarapa jam, keluarga penumpang telah dimaklumkan, dan
Perdana Menteri mengumumkan perkembangan terkini itu kepada dunia.
“Seperti diumumkan Perdana Menteri, analisis seperti ini belum pernah
diguna pakai dalam siasatan sebelum ini.
” Ada banyak lagi usaha yang perlu dilakukan, dan kami berterima kasih
kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan siasatan antarabangsa yang meneruskan
kerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia.
Perkembangan terkini operasi
“Hasil analisis data terbaru ini, operasi mencari dan menyelamat di koridor
utara dihentikan. Kami juga telah menghentikan operasi pencarian di bahagian
utara koridor selatan, berhampiran Indonesia.
“Semua usaha pencarian sekarang tertumpu di bahagian selatan koridor
selatan, meliputi kawasan kira-kira 469,407 batu nautika persegi berbanding
2.24 juta batu nautika persegi yang diumumkan pada 18 Mac.
“Kami sedang bekerjasama untuk mengecilkan lagi kawasan pencarian,
menggunakan empat cara yang saya umumkan sebelumnya: memperoleh maklumat
daripada pemantauan satelit, analisis pemantauan data daripada radar, menambah
aset udara dan darat, dan menambah pakar-pakar teknikal dan pakar dalam setiap
bidang.
“Mengenai aset yang digerakkan, 2 pesawat Korea berlepas dari pangkalan
udara Subang menuju ke Perth pagi tadi untuk membantu dalam operasi pencarian
pelbagai negara.
“Tiada penerbangan dari Perth ke kawasan pencarian dilaporkan hari ini
kerana cuaca buruk.
“Enam kapal China kini berada di kawasan pencarian. Kapal-kapal itu
dijangka tiba di sekitar kedudukan terakhir MH370 menjelang pagi esok.
Kapal-kapal ini termasuk kapal pemecah ais “Xue Long’.
“HMAS Success juga sekarang berada di kawasan pencarian.
“American Towed Pinger Locater – peralatan yang berupaya mengesan kotak
hitam — kini dalam pelayaran ke Perth dan akan tiba esok. Sistem itu akan
dipasang pada kapal tentera laut Australia Ocean Shield, yang dijangka tiba
di Perth pada 28 Mac.
“Ocean Shield, yang dilengkapi Towed Pinger Locater, dijangka tiba di
kawasan pencarian pada 5 April.
Kenyataan kesimpulan
“Analisis baru yang diguna pakai dalam siasatan oleh Inmarsat dan AAIB
memberi tumpuan di bahagian selatan koridor selatan.
“Walaupun pengumuman semalam adalah saat-saat yang sukar untuk anggota
keluarga, tetapi seperti ditegaskan Perdana Menteri, ia dibuat kerana komited
kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang
menjadi amalan dalam siasatan. — BERNAMA
Labels:
MH370
Catat Ulasan