SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Palet kayu mungkin milik MH370 -Hishamuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan MH370 membawa palet kayu semasa penerbangan menuju ke Beijing 8 Mac lalu.
Dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau mengesahkan dakwaan mengenai palet kayu yang dibawa oleh pesawat terbabit namun menafikan perkaitan di antara palet kayu yang dikesan oleh pihak kerajaan Australia di selatan Laut Hindi.
“Pihak kami boleh mengesahkan bahawa MH370 memang membawa palet kayu dalam penerbangan ke Beijing namun tiada bukti kukuh mengatakan palet kayu yang di lokasi pencarian di koridor selatan Australia milik MH370,” katanya.
Menurut beliau, pihak berkuasa dan pasukan teknikal masih menyiasat mengenai perkara ini dan beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang penemuan terbabit.
“Pasukan teknikal sedang berusaha keras untuk menyiasat tentang perkara ini dan kami akan maklumkan kepada umum sebaik sahaja keputusan dikeluarkan,” katanya lagi.
Labels:
MH370
Catat Ulasan