Home » » ‘Awak boleh sembahyang untuk anak’

‘Awak boleh sembahyang untuk anak’


Melaka:Seorang ibu tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘Selamat jalan’ dan ‘Lagi satu kali tak SMS. Awak boleh sembahyang untuk anak’ yang diterimanya, kelmarin membawa petanda anak bongsunya mati dibunuh selepas diculik lelaki tidak dikenali.

SMS itu diterima A Letchumy, 44, ibu kepada M Gunaseelan, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir yang ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, kelmarin.
“Namun, sejurus selepas isteri menerima panggilan telefon itu, bimbang dengan keselamatannya kami mencarinya di kawasan sekitar sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger