Home » » Syif nahas

Syif nahas


Sungai Petani: “Selepas bas kami dipenuhi asap, saya segera merangkak keluar melalui pintu belakang dan selepas itu baru saya tahu ia sudah merempuh belakang sebuah treler.”

Itu kata pekerja kilang P Balasubramaniam, 45, apabila bas kilang dinaikinya bersama 16 penumpang lain terbabit dalam kemalangan di susur keluar ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan dekat Taman Sejati, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.25 petang ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menghantar pekerja di Taman Sejati Indah dan Taman Bandar Baru, di sini, manakala treler muatan gula mentah dari arah Butterworth menuju ke Padang Terap.

Akibat kejadian itu, empat pekerja parah dengan dua daripadanya kritikal kerana tersepit manakala 13 lagi cedera ringan dan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan.
Balasubramaniam berkata, dia bersama rakan lain tidur sepanjang perjalanan kerana baru habis bekerja syif pagi sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum tercampak ke hadapan bas.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger