KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Bina semula selaput dara terkoyak
Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popular di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazimnya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.
Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.
Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.
Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.
Labels:
health
Catat Ulasan