Home » » MH370 Guna Blue Fin 21 pula

MH370 Guna Blue Fin 21 pula


Perth: Pasukan mencari dan menyelamat MH370 akan menggunakan alat pengesan di bawah permukaan laut Blue Fin 21 selepas penggunaan alat pengesan `pinger' gagal mengesan sebarang isyarat akustik sepanjang 24 jam lalu.

Dalam kenyataan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) berkata tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam 24 jam lalu.
Dalam operasi yang masuk hari ke 36 hari ini, sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam SAR di kawasan seluas kira - kira 41, 393 kilometer persegi.

Sebelum ini ketika lawatan Perdana Menteri Australia ke China, Tony Abbott begitu yakin isyarat akustik yg dikesan di lautan hindi pada Selasa lalu adalah dari kotak hitam MH370.
--Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger