Home » » Gadis 15 tahun di­rogol bapa saudara

Gadis 15 tahun di­rogol bapa saudara


KUCHING – Mendakwa di­rogol oleh bapa saudara sendiri, seorang gadis dirujuk ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan lewat malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 15 tahun dan berasal dari Kam­pung Tambirat, Asajaya itu telah mengadu kepada saudara lelakinya bahawa dia telah dirogol oleh suspek ketika baharu pulang dari sekolah.
Ekoran itu, saudara mangsa yang juga anak kepada suspek kemudian terus membawa mangsa ke balai polis ber­hampiran untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.
Mangsa dilihat hadir di HUS untuk pemeriksaan kesi­hatan sekitar jam 12 tengah malam kelmarin.
Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis semalam, usaha untuk mendapatkan pengesahkan daripada pihak polis berhubung perkara tersebut tidak berjaya, lapor Utusan Borneo.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger