Home » » Hospital Tuanku Jaafar Seremban gempar

Hospital Tuanku Jaafar Seremban gempar


Seremban – Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) gempar seketika apabila sebuah ambulans tiba-tiba terbakar di bahagian penumpang selepas menurunkan seorang pesakit di wad kecemasan, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemandu ambulans berkenaan dipercayai menyedari tempat penyimpanan bateri yang terletak di bahagian penumpang berasap sebelum terbakar.
Berikutan kejadian itu, lelaki terbabit segera memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohd Azli Mohd Ros berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.51 malam sebelum tujuh anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kebakaran dipadamkan hospital. Anggota bomba menjalankan pemeriksaan dan mendapati kebakaran berpunca daripada tempat penyimpanan bateri,” katanya, lapor myMetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger