SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Kegiatan pemandu bot pelancongan pulau perhentian terbongkar
KAMPUNG RAJA - BESUT. Meskipun mampu meraih pendapatan lumayan bekerja sebagai pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian, namun masih ada dalam kalangan mereka sanggup melakukan kerja sampingan yang menyalahi undang-undang dengan menjual dadah.
Kegiatan itu terbongkar selepas tertangkapnya empat pemandu bot dipercayai pengedar dadah dalam Ops Tapis yang dijalankan di pulau berkenaan, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan dilakukan di beberapa lokasi di Pulau Perhentian Besar dan Kecil bermula Jumaat lalu.
Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah chalet, seorang pemandu bot pelancong diberkas bersama 64 pil dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda).
“Dalam serbuan kelmarin pula di sebuah bilik chalet di Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, polis memberkas tiga lelaki dan merampas 190 pil juga dipercayai pil kuda menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 254 pil yang dirampas.
“Turut dirampas di situ dua botol serbuk putih dipercayai heroin,” katanya.
Noorzainy berkata, kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam operasi membabitkan seorang pegawai dan sembilan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah itu turut memberkas seorang suspek yang mempunyai waran tangkap kerana positif dadah sebelum ini.
Kata Noorzainy, dalam operasi sama juga, seramai enam pemandu bot pelancong ditahan selepas saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.
“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 47 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
"Bagi kes positif dadah, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala salah seorang diambil tindakan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLKP)," katanya.
Sementara itu, beliau memberi amaran kepada pemandu bot pelancong agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej negara, malah membahayakan nyawa pelancong sekiranya mereka berada dalam pengaruh dadah.
“Polis akan lakukan operasi berterusan di pulau tersebut bagi mengesan pengedar dan penagih dadah khususnya yang membabitkan pemandu bot,” katanya.
Labels:
crime
Catat Ulasan