Home » » MH370: Spekulasi Pesawat Terbang Di Utara Indonesia PALSU

MH370: Spekulasi Pesawat Terbang Di Utara Indonesia PALSU


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 terbang di pinggir ruang udara Indonesia untuk mengelak dari dikesan.

Menurut Hishamuddin, pihak berkuasa Indonesia sendiri menafikan bahawa pesawat itu melalui pinggir ruang udara mereka.

“Berhubung radar (mengesan MH370 terbang di pinggir Indonesia), itu tidak benar.

“Saya meminta Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk mengesahkan mereka tidak mengesan pesawat tersebut.”

Beliau memberi jawapan ringkas itu ketika ditanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di Hotel Royale Chulan petang ini.

Sidang media itu diikuti secara langsung melalui satu stesen radio tempatan.

Beliau diminta mengesahkan laporan rangkaian CNN semalam, bahawa maklumat dari radar Indonesia menunjukkan pesawat tersebut terbang di pinggir ruang udara negara tersebut sebelum menuju ke Lautan Hindi.

Laporan itu turut mendakwa, maklumat berkenaan boleh membantu penyiasat meneliti profil psikologi kru penerbangan tersebut, terutama dua orang juruterbang yang mengemudi pesawat berkenaan.

Laporan tersebut memetik sumber tentera Malaysia yang tidak dinamakan.

Jurucakap pasukan tentera udara Indonesia Hadi pada pertengahan bulan lalu telahpun menafikan bahawa negara itu mengesan penerbangan MH370, berdasarkan dua radar di Indonesia barat.

“Sekiranya pesawat itu masuk ke wilayah Indonesia, dua radar tersebut pasti telah mengesannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan Wall Street Journal.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger