Home » » Meroyam Sakan PKR Obama Tak Nak Jumpa Anwar

Meroyam Sakan PKR Obama Tak Nak Jumpa Anwar


ANWAR IBRAHIM MARAHKAN BARRACK OBAMA KERANA BATALKAN PERTEMUAN MEREKA???Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berasa kesal terhadap Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kerana membatalkan pertemuan mereka sepanjang berada di Malaysia dalam lawatannya pada Sabtu ini.

Kekesalan itu disuarakan menerusi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang menyifatkan pembatalan pertemuan Anwar Ibrahim dan Barrack Obama sebagai tidak melambangkang Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang menjuarai dan mempromosikan amalan demokrasi, kebebasan dan keadilan.
Lebih teruk lagi, Saifuddin menyandarkan kerajaan BN membentuk kerajaan hanya melalui undi popular 47 peratus, PR pula perolehi 52 peratus undi popular dalam PRU-13 lepas.
"Ia sudah tentu memberikan satu perhatian pentadbiran Obama bahawa sokongan rakyat Malaysia kepada Pakatan Pembangkang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR.
Barrack Obama akan mengadakan lawatan ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina pada akhir bulan ini dan dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala serta serantau.
Antara isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan antara Presiden Amerika itu dengan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.
Ini adalah lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
Jelas bahawa cadangan Pakatan Pembangkang untuk meraih simpati Presiden Amerika Syarikat terutama dalam kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim ternyata tidak berhasil.
Ramai beranggapan penolakan rombongan Amerika Syarikat terhadap cadangan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dilihat suatu yang bertepatan kerana negara kuasa besar itu tidak akan campur tangan dalam soal kehakiman mahupun politik sesebuah negara.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger