Home » » MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC

MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC


KUALA LUMPUR: Polis Australia Barat sedang menyiasat sebuah objek yang terdampar 10 kilometer dari timur Augusta berdasarkan laporan yang diterima mereka, pada Rabu.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang mengkaji foto bahan tersebut untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.

JACC memaklumkan bahawa ATSB telah pun menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Menurut mereka, tiada sebarang maklumat tentang perkara itu setakat ini dan maklumat lanjut akan diberitahu sekiranya terdapat perkembangan.

Pencarian dasar laut diteruskan dengan sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang kawasan pencarian kira-kira 37.948km persegi.

Pusat carian pula terletak kira-kira 855km dari Barat Utara Perth.

Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21, kini sedang melengkapkan misinya yang ke 10.

Bluefin-21 sudahpun meliputi 80 peratus kawasan carian di dasar air.

Fokus carian dasar laut memberi tumpuan kepada 10km radius bulatan kawasan yang telah dikesan pengesan ping semenjak 8 April.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-polis-australia-sedang-siasat-objek-terdampar-di-timur-augusta-jacc-34533?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger