Home » » MH370: ADUN Terengganu mahu tindakan tegas terhadap penyebar fitna

MH370: ADUN Terengganu mahu tindakan tegas terhadap penyebar fitna


KUALA TERENGGANU: Pihak yang menyebarkan spekulasi, maklumat palsu dan fitnah terhadap pemimpin negara berhubung peristiwa kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 perlu dikenakan tindakan tegas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (BN-Kota Putera) Mohd Mahdi Musa berkata  perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan perbuatan itu telah menyebabkan berlaku perpecahan rakyat apabila disebarluaskan dalam media, khasnya media sosial.

"Fitnah ini juga semakin serius apabila ia melibatkan hubungan Malaysia dan negara lain menjadi dingin...dan jika tidak ditangani dengan tegas dan serius akan mengancam keselamatan dalam negara dan rakyat kita di luar negara," katanya ketika berucap mengemukakan usul itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau juga mencadangkan agar sidang ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu-isu penyebaran maklumat palsu dan fitnah terhadap negara, berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata langkah pencegahan perlu dilakukan segera sebelum perasaan  marah rakyat terhadap pemimpin negara berlarutan dan menjurus kepada pepecahan masyarakat.

Menurutnya perbuatan menyebar fitnah itu bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas idealogi dan falsafah negara dalam melahirkan perasaan cinta dan setia kepada negara serta kelangsungan permuafakatan dan perpaduan rakyat.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-adun-terengganu-mahu-tindakan-tegas-terhadap-penyebar-fitnah-33854?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger